KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Januari 12, 2008

Anwar Boleh Saja Bertanding Di Marang Ataupun Pangkalan Chepa!

Apakah Anwar perlu bertanding di Kepala Batas untuk menumpaskan anak Badawi atau ke Pekan menafikan anak Razak?

By TARMIZI MOHD JAM

RAFIDAH Aziz nampaknya tidak gentar jika Anwar meneruskan hasratnya untuk bertanding di Parlimen Kuala Kangsar.

‘‘Saya dengar Anwar hendak bertanding mencabar saya, jadi, selamat datanglah,” kata Ketua Pergerakan Wanita Umno itu semasa berucap merasmikan dialog bersama Badan-Badan Ekonomi Melayu anjuran Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) di Putrajaya, hari Selasa lalu.

Pada 4hb Januari lalu, Anwar mengadakan lawatan rasmi ke Kuala Kangsar.

Ekoran itu, timbul isu kononnya Anwar mahu bertanding di Kuala Kangsar. Barangkali itu permintaan PKR kawasan itu, sebagai “budi bahasa” mereka meraikan kunjungan Anwar.

Sebelum ini, tawaran yang sama juga diajukan kepada Anwar ketika Anwar mengunjungi Kedah pada tahun lalu dan berucap sempena Muktamar PAS Pusat di Kompleks PAS Kedah, Yan.

Azizan Razak selaku Pesuruhjaya PAS Kedah, bersedia menawarkan mana-mana kerusi untuk Anwar jika Anwar bersedia bertanding dalam pilihan raya ke 12 ini.

Malah baru-baru ini, Speaker Dun Kelantan, Haji Wan Abdul Rahim Abdullah juga menawarkan Anwar bertanding di Parlimen Kota Bharu.

Anwar mengalu-ngalukan dan akan mempertimbangkannya. Itupun jika peraturan mengizinkan beliau bertanding dalam pilihan raya kelak.

Bagi saya, ini tidak bermakna Anwar berminat di Kota Bharu. Itu sebahagian “budi bahasa” Anwar dalam gerak sarafnya.

Sehingga kini, belum ada suatu sumber yang sah berkenaan posisi kerusi yang akan ditandingi Anwar. Sebagai tokoh perdana, dia boleh bertanding di mana-mana sahaja.

Malah saya yakin jika Anwar mahu bertanding di Marang atau Pangkalan Chepa sekalipun, Tok Guru Nik Aziz dan Haji Abdul Hadi Awang tiada keberatan untuk menyerahnya.

Sebelum ini, ada ura-ura Anwar akan bertanding di Parlimen Gombak, Selangor dan Dr. Mohd Hatta Ramli (Bendahari Agung PAS) yang sepatutnya bertahan dipindahkan ke Pasir Putih, Kelantan.

Tidak lama kemudian, Anwar disebut bakal bertanding di Bachok untuk menumpaskan Datuk Dr. Awang Adek.

Jangkaan ini mungkin benar, kerana Bachok dan Kuala Krai difahamkan akan ditandingi oleh PKR dalam pilihan raya akan datang sementara Kota Bharu ditandingi oleh PAS.

Menurut sumber, PAS akan meletakkan Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden di kerusi yang kini di menangi Dato Zaid Ibrahim dari BN.

Berdasarkan kepentingan, saya yakin Anwar akan bertanding di dua negeri pilihan.

Sama ada Pulau Pinang atau Selangor, yang kini sedang mengalami anjakan perdana, berubah dan berubah untuk menumbangkan BN.

Tiada ulasan: