KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, Januari 28, 2008

Anwar DEDAH Satu Lagi Klip Video "SKANDAL" Hari Ini 28 Jan 2008 (Isnin)!

Anwar dedah ada satu klip video baru yang mengaitkan Peguam VK Lingam,para hakim pilihan serta bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang akan didedahkan kepada media hari ini 28 Jan 2008 (Isnin)

By AGENDADAILY

GEMPAR apa pula kali ini? Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dakwa beliau ada satu klip video baru yang mengaitkan peguam VK Lingam,para hakim pilihan serta bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut posting dalam laman blognya Anwar Ibrahim Blog.Com, Anwar mendakwa beliau memperolehi klip video itu sekembalinya dari Hong Kong Jumaat lalu.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan berapa lama rakaman klip itu dan sumber yang memberinya.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata beliau akan mendedahkan klip video itu hari ini (Isnin).

Sehingga berita ini ditulis Ahad malam,beliau belum menyatakan dimana klip video itu akan didedahkan.

“Tunggu dan saksikan adegan menarik Isnin nanti inshaAllah.Apa pula kata ahli Suruhanjaya? Tidak relevan, lupa, atau bukan bidang kuasa kami?,”katanya.

Klip video Lingam yang kini dalam siasatan Suruhanjaya Diraja didedahkan dalam satu sidang akhbar di pejabatnya.

Sementara itu Suruhanjaya Diraja dijangka akan membuat keputusan Isnin samada akan memanggil Anwar sebagai saksi untuk memberi keterangan dalam siasatannya.

2 ulasan:

Unknown berkata...

Nampaknya makin teruklah Suruhanjaya Diraja menyiasat budak mabuk dan gila tu? VK Linggam susahlah nak terlepas dari jerat dan pakatan konspirasi. Syabas Anwar! Sejata akhir tetap simpan dulu kerana kita boleh andaikan, terdapat konspirasi dalam konspirasi lagi.

Ibnu Hasyim berkata...

Kalau ada lagi baki video VK Linggam, maknanya lakonan drama VK Linggam yang boleh atasi Shavaji The Boss itu akan makan diri. Mampukan VK LInggam hapuskan bukti percutian intimnya dgn Eusof Chin dan keakrabannya dgn Tengku Adnan?