KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Januari 12, 2008

Dua Tahun Koma: Sharon Dibogel & Dihumban Ke Perigi!

By TARMIZI MOHD JAM

MASIH ingatkah lagi anda dengan Ariel Saron? Ya, mantan Perdana Menteri Isreal. Sebuah negara haram yang ditatang Amerika Syarikat, hasil pertumpahan darah umat Islam.

Semalam, syaitan akhbar Bush mengunjungi Israel dan mendendangkan lagu boria lama kononnya untuk perjanjian damai Palestin-Israel.

Pada 8 Januari 2008 yang lalu, maka genaplah dua tahun Sharon menikmati azab sengsara koma yang dianugerahkan Allah SWT. Ia suatu tempoh yang agak lama.

Dan sempena genapnya dua tahun itulah juga maka sebuah akhbar Israel mendedahkan satu rahsia kepada umum, detik-detik cemas dan menakutkan tokoh tidak berperikemanusiaan itu, sebelum dia koma.

Sharon telah menceritakan kepada Setiausaha Peribadinya bahawa dia telah diburu mimpi yang sangat menakut dan mengerikannya.

Lapor akhbar itu, Sharon nampak bahawa dirinya telah jatuh ketangan rakyat Palestin dan diheret dalam keadaan diikat dan dirantai tanpa seurat benang (berbogel) di atas sebuah kenderaan yang terbuka dan memasuki jalan-jalan Ghaza di Palestin.

Akhbar itu juga turut mendedahkan seminggu terakhir sebelum Sharon koma, dia telah bermimpi dicampakkan dalam sebuah perigi yang dalam menjunam.

Mimpi-mimpi ini, rupa-rupanya telah menyenak jantungnya dan mencedera kotak mindanya, merosakkan emosinya hingga akhirnya Sharon koma untuk sekian lama.

Apakah makna dan maksud mimpi Sharon itu?

Dan adakah ini balasan Allah SWT untuk mengajar pemimpin yang angkuh dan sombong di atas muka bumi ini?

Tiada ulasan: