KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Januari 15, 2008

Tiba-tiba RAFAIE KASINI Call Tanya Khabar

Ketika peristiwa Demo 100,000 ini, Cikgu Rafie hadir tetapi hilang ikut haluan masing-masing setelah kami dimandikan dengan air kimia dan disiram gas pemedih mata...

By TARMIZI MOHD JAM

SEMALAM Cikgu Rafie menelefon saya. Terima kasih banyak atas ingatan itu. Cikgu Rafaie Kasini Haji Bahari adalah rakan intim lama sewaktu saya aktif dalam PAS Parit antara tahun 1994 hingga 2003.

Dia adalah mantan Setiausaha PAS Kawasan dan kemudian tempatnya diambil-alih oleh Sdra. Binyamin Sastro. Berlaku sedikit "kocakan air dalam cawan", jawatan panas itu beralih kepada saya.

Cikgu Rafaie antara perancangan utama kemenangan PAS tahun 1999 di Parit. Semua kerusi; Dun Bota dan Dun Blanja masing-masing ditumpaskan oleh PAS termasuklah Parlimen Parit yang melihat kejatuhan Megat Junid Megat Ayub hingga kini.

Saya waktu itu, Ketua Penerangan PAS Kawasan dan Pengarah Pilihan Raya bagi Dun N. 34 Bota.

Mula menyandang beberapa jawatan dalam PAS Parit, selepas saya menyertai pilihahn raya umum 1995. Saya bertanding Dun Bota berlawan dengan cikgu saya, Cikgu Ismail Hasbullah.

Kini, semuanya telah berlalu meninggalkan jutaan kenangan "masam-masam manis" dalam perjuangan.

Tidak lupa dedikasi saya kepada rakan-rakan seangkatan seperti Ustaz Basir Rahmat; merasa juga jadi Ahli parlimen pada pilihan raya 1999. Ustaz Qudhus Zakaria; kini diselubungi strok.

Sdra. Baharurazi Haji Ahmad yang telah pencen Jabatan Haiwan Au Long, Taiping. Tuan Mir Nazari yang kini sudah bekerja tetap di Ipoh. Haji Ahmad Maher Saudi, seorang pendiam tetapi ligat berniaga kelapa sawit.

Sdra. Saldi yang baru kehilangan isteri, aktivis muslimat Kg. Lambor Kanan, moga tabah hadapi ujian.

Begitu juga Sdra. Zainal Janggut dan Budin. Saya lebih dari faham masalah yang dihadapi tetapi tak mampu nak tolong. Teruskan perjuangan.

Sdra. Zamri, Imam Tajol, Pak Tai, Haji Azamuddin, Sdra. Nordin Ahmad, Pak Man Besi, Ustaz Hassan Johar, Pak Chik Sulaiman Pandak Kira, Yusof Mat, Laili Talib, Hamdan Fauzi, Ros Mat Jidin, Imam Lah, Imam Emran, Abang Din, Karim, Bentayan, Jeni, Haji Husin Dahlan, Zainal Bawang, Dr. Kasim, Tuan Dery, Zainal Yop Ganti, Haji Junus, Ustaz Zul Wahab, Dee, Pak Mail Abbas, Yarahap, Mior Tahir Mior Yacub, Ustazah Zainon dan ramai lagi yang tak tertulis di sini.

Cikgu Rafaie bertanya, adakah saya telah menulis semula dengan Harakahdaily? Saya jawab ya. Sejak sekian lama tetapi kadang-kadang ada, kadang-kadang lesap.

Macam biasa, responnya sudah boleh diagak, diketahui sangat. "Eloklah tu!".

Kali terakhir saya bertemunya, pada hari tercetusnya demontrasi Hindraf, 25hb. November 2007 di Parit bersama Tuan Mir Nazari yang makin segak!

Tiada ulasan: