KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, April 01, 2008

ASAKAN BN Sabah, LEMASKAN Anak Badawi!

By YB SALAHUDDIN AYUB

DEWAN Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) tertarik dengan perkembangan terkini politik Sabah yang semakin menggugat kedudukan BN sebaik sahaja krisis politik di Terengganu dapat ‘diselesaikan’.

Lawatan Perdana Menteri yang sedang didesak untuk meletak jawatan, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ke Sabah untuk menemui ahli-ahli parlimen dipercayai untuk mengukuhkan kedudukan BN yang semakin tergugut kebelakangan ini.

DPP Pusat percaya isu-isu yang berbangkit di Sabah jika tidak ditangani dengan berkesan oleh Pak Lah boleh menjadi punca kejatuhan BN kelak.

Pergolakan politik Sabah memang sentiasa menarik perhatian pengkaji politik semenjak 1960-an lagi. Politik Sabah sudah biasa dengan lompat-melompat dan juga pertukaran parti pemerintah.

Cuma, selepas Umno berjaya membeli wakil-wakil rakyat PBS pada 1994, politik Sabah agak stabil kebelakangan ini.

Tetapi dengan perkembangan politik yang terbaru ini, dipercayai Sabah akan memulakan protes pertama terhadap BN dengan beberapa parti komponannya meninggalkan BN dan menyokong BA sekali gus akan menamatkan zaman BN di negara ini.

Selepas menang besar iaitu 23 daripada 24 kerusi parlimen di Sabah, politik Malaysia dikejutkan oleh tindakan Datuk Anifah Aman yang menarik diri daripada jawatan timbalan menteri walaupun telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Datuk Anifah Aman adalah adik kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman. Selepas itu, seorang timbalan menteri, Datuk Abdul Ghapur Salleh telah meletakkan jawatannya diikuti oleh desas-desus dua lagi menteri iaitu Datuk Bernard Dompok Gilok dan Datuk Shafie Afdal akan meletak jawatan.

Pemimpin BN di Sabah juga secara terbuka memaklumkan bahawa mereka tidak berpuas hati dengan agihan kerusi Kabinet kepada pemimpin Sabah walaupun ‘nyawa’ BN di tangan mereka.

Menyedari masalah yang amat parah di Sabah ini, Presiden Umno itu mengambil keputusan untuk segera ‘menyelesaikan’ krisis politik Terengganu dengan mengiktiraf Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar walaupun sebelum ini mereka berkeras menolaknya.

Kini, tumpuan Pak Lah ialah untuk menyelamatkan ‘hayat politiknya’ yang mula tergugat ekoran tuntutan dari negeri di bawah bayu itu.

Pak Lah terpaksa menemui seorang demi seorang ahli parlimen Sabah bagi mendapat jaminan untuk tidak bertukar parti demi mempertahankan survival politik BN dan Pak Lah sendiri.

DPP Pusat percaya bahawa ahli-ahli parlimen Sabah berpegang dengan ‘janji’ mereka untuk tidak melompat parti, tetapi rakyat sedang menunggu untuk parti mereka meninggalkan pakatan BN, seterusnya menjatuhkan BN di Kuala Lumpur.

Tiada ulasan: