KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, April 07, 2008

MP PR Kemuka Empat Cadangan Kepada DATUK BANDAR KL

Kita cadangkan penyediaan pejabat Sekretariat Wakil Rakyat di bangunan DBKL dan fasiliti pejabat oleh pihak DBKL di semua Pusat Khidmat Masyatakat Ahli Parlimen Kuala Lumpur, ini termasuk melantik jawatan tambahan bagi penolong Pengurus DBKL untuk setiap kawasan Parlimen

By AZAMIN AMIN I Foto NASIR SUDIN

BAGI memastikan isu berkaitan warga kota dan pembangunan bandar diberi perhatian serius serta diselesaikan dengan lebih efisen, 10 Ahli Parlimen daripada Pakatan Rakyat mengadakan pertemuan dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Dato' Ab. Hakim Borhan hari ini.

Pertemuan tersebut diadakan di pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan diketuai Tan Sri Abd Khalid Ibrahim selaku Ahli Parlimen Bandar Tun Razak yang juga merupakan Menteri Besar Selangor.

Dalam sidang media yang diadakan sejurus selepas pertemuan itu, Khalid menyatakan bahawa kesemua Ahli Parlimen telah mengemukakan empat saranan kepada Datuk Bandar untuk memudahkan urusan wakil rakyat dengan DBKL.

"Kita cadangkan penyediaan pejabat Sekretariat Wakil Rakyat di bangunan DBKL dan fasiliti pejabat oleh pihak DBKL di semua Pusat Khidmat Masyatakat Ahli Parlimen Kuala Lumpur.

"Ini termasuk melantik jawatan tambahan bagi penolong Pengurus DBKL untuk setiap kawasan Parlimen," katanya di Lobi Bangunan DBKL.

Tujuan lantikan itu kata Khalid adalah untuk berkerja bersama wakil-wakil rakyat secara telus dalam mengenal pasti isu dan menyelesaikannya bagi mengurangkan masalah birokrasi.

Dalam pertemuan itu juga, turut dicadangkan pelantikan kesemua Ahli Parlimen Kuala Lumpur sebagai Ahli Lembaga Penasihat DBKL bagi mewakili suara rakyat dalam pembentukan polisi-polisi dan penilaian kepada pelaksanaan dasar-dasar oleh DBKL secara keseluruhannya.

"Kita juga memohon Datuk Bandar untuk menggunakan kuasa beliau di bawah undang-undang 5(2) 'Planning Development Rules' untuk membatalkan projek pembinaan di atas Bukit Persekutuan," katanya.

Beliau merujuk kes spesifik projek Bukit Persekutuan yang dikhaskan untuk kegunaan institusi kepada Primuda Holdings Sdn Bhd dan pembatalan tersebut seiring dengan dasar CF3 yang wujud dalam pelan Struktur Kuala Lumpur.

Tiada ulasan: