KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, Ogos 16, 2010

PAS lancar Bela atasi masalah kepayahan pemilik kenderaan lama perbaharui insurans


PAS melancarkan satu lagi gerakan rakyat bagi membela nasib pemilik kenderaan berusia 20 tahun ke atas yang menghadapi pelbagai kesulitan untuk memperbaharui cukai jalan dan insurans. Gerakan yang menunjukkan sikap prihatin PAS terhadap kepayahan rakyat ini dinamakan Gerakan Bela Rakyat (Bela) dilancarkan di sebuah restoran di Gombak, 10 Julai lalu oleh Pengerusinya, Salahuddin Ayub yang juga Naib Presiden PAS.

Bercakap pada sidang media selepas melancarkan Bela, Salahuddin Ayub berkata, pemilik kenderaan terbabit terpaksa melalui prosedur yang merumitkan melalui Malaysian Motor Insurance Pool (MMIP) dan Uni Asia untuk memperbaharui insurans kenderaan, selain peningkatan kadar bayaran yang didakwa sehingga 200 peratus berbanding dahulu.

Menurut beliau, melalui MMIP, pemilik kenderaan lama yang lazimnya di kalangan penduduk kampung mengalami kesukaran untuk melengkapkan borang MMIP, selain terpaksa membayar upah mengisi borang sebanyak RM20 hingga RM50 jika tidak melengkapkan borang tersebut sendiri.

"Tidak cukup dengan itu, borang MMIP ini pula tidak terdapat di kampung-kampung. Hanya dI bandar-bandar besar sahaja boleh didapati. Justeru, mereka terpaksa mengeluarkan lagi kos ke bandar untuk mendapatkan borang ini. Itu belum lagi kos insurans dan cukai jalan yang meningkat," kata beliau.

Dakwa Salahuddin, kerajaan hanya mendengar aduan daripada pihak insurans bahawa mereka mengalami kerugian jika memperbaharui insurans kenderaan 20 tahun ke atas dengan harga asal. Sehubungan itu, Salahuddin juga berhasrat untuk mengadakan satu persidangan meja bulat bagi mencari penyelesaian kepada polisi yang sudah hampir setahun berkuat kuasa ini.

"Bela akan mengadakan persidangan meja bulat dalam masa dua minggu lagi untuk mencari penyelesaian kepada isu ini. Saya akan panggil beberapa kumpulan untuk saya dapatkan pandangan mereka. Persidangan ini untuk kerajaan bertindak segera bagi memberi satu skim kepada rakyat untuk mendapatkan insuran yang mereka mampu untuk bayar. Selepas itu saya akan bawa hasil perbincangan ke persidangan Parlimen seawal mungkin," katanya.

Tiada ulasan: