KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Januari 27, 2011

Khalid Ibrahim bidas dan dedahkan tembelang Tun Mahathir sebagai penentang Raja-raja Melayu



Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim ketika berucap membentangkan usul bertanya, "adakah Umno meminta perkenan Sultan sebelum meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor pada Mac 1993? Bukankah ia dilakukan secara senyap-senyap?"

Beliau berkata, sangat lucu dan tidak masuk akal apabila mantan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad mendakwa perkenan Sultan adalah perlu untuk kelulusan Rang Undang-undang sedangkan beliau sendiri yang meminda peruntukan berkenaan dan memadam kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja. Khalid juga memetik kenyataan Dr Mahathir ketika pembentangan usul pindaan pada 18 Januari 1993 yang selepas itu, menurutnya telah memungkiri janji.

"Tun Mahathir ketika itu menyatakan, kelulusan (pindaan Perlembagaan 1993) secara ini terhad kepada perkara- perkara yang tidak menyentuh hak-hak dan keistimewaan Raja-raja. Untuk meminda peruntukan Perlembagaan yang menyentuh Raja-raja, Majlis Raja-raja perlu memberi persetujuan.

Kata beliau lagi, dedah Khalid, "di peringkat negeri, tidak ada pindaan dibuat kepada Perlembagaan negeri. Dengan itu tidak ada undang-undang yang boleh diluluskan tanpa ditandatangani oleh Raja". "Ini bermakna kuasa Raja-raja di negeri-negeri mengatasi kuasa Dewan Undangan Negeri yang mewakili rakyat’," kata Khalid.

Beliau mendakwa, pada 1994 Dr Mahathir memungkiri janji dan formula menyelesaikan "Krisis 1983" dipinda di luar pengetahuan Raja-raja. Menurut pindaan itu, katanya, kuasa memulangkan rang undang-undang oleh Yang di-Pertuan Agong dimansuhkan dan peruntukan yang mencetuskan "Krisis 1983" itu dimasukkan kembali.

"Dengan yang demikian, peruntukan yang ada sekarang, iaitu Perkara 66(4) dan (4A) adalah sebuah rang Undang-undang yang menjadi Undang-undang secara automatik selepas 30 hari meskipun baginda tidak memberi perkenan," katanya. Kedudukan Raja-Raja di negeri-negeri juga sama sebagaimana yang tertera pada Seksyen 11(2A) dan (2C), Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan.

Tegas Khalid, pindaan ini menimbulkan banyak persoalan politik dan Undang-undang, ia termasuklah pelanggaran syarat yang dikenakan oleh Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan iaitu ia dengan jelas menyatakan bahawa "tiada undang-undang yang secara langsung menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-raja".

Perkara 38(4) itulah yang menjadi batu penghalang kepada hasrat Dr Mahathir pada 1983 dan 1993, ujarnya lagi. Khalid berkata, mungkin kerana itulah beliau tidak peduli dan tidak membawa pindaan 1994 itu kepada Raja-raja Melayu. Meskipun pindaan 1994 belum dibawa ke mahkamah, namun ada kalangan sarjana undang-undang yang berpendapat pindaan yang dibuat pada 1994 itu tidak sah kerana melanggar Perlembagaan, khususnya Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan.

Menteri Besar Selangor itu bangga kerana, sidang Dun Selangor telah mencipta sejarah apabila semua wakil rakyat Pakatan Rakyat bersatu menyokong cadangan pindaan Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor bagi mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam pelantikan tiga pegawai Ex-Officio yang telah dimansuhkan selepas pindaan Perlembagaan 1993.

Tiada ulasan: