KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Januari 27, 2011

Mufiti Perak yang pro-Umno pun mahu Presiden MCA itu mohon maaf kepada umat Islam



PAS hari ini mengucapkan tahniah kepada calonnya di Tenang dan menyerang Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang gagal dalam membezakan nilai moral apabila menghina orang yang tidak bersalam tetapi boleh berlakon filem seks.

Sehubungan itu, Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali dalam kenyataan bertulisnya hari ini berkata, semuanya ini berlaku kerana dua sebab iaitu kegagalan Umno mendidik rakannya dan kegagalan Chua Soi Lek dalam neraca moralnya. Mustafa dipercayai mengulas kenyataan Chua Soi Lek yang mempertikaikan tindakan calon PAS, Cikgu Normala Sudirman (gambar) yang tidak bersalam dengan lelaki dalam sessi kempen dalam Pilihan Raya Kecil Tenang.

Sebelum ini, Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria mendesak Chua Soi Lek meminta maaf kepada umat Islam kerana kenyataannya itu. Bahkan Pertubuhan Perkasa juga membela Normala di samping persatuan Peguam Muslim kerana itu adalah ajaran Islam.

Sementara itu, jentera pilihan raya PAS di Tenang dibawah pimpinan Salehudin Ayub cuba mengelak dari menyentuh isu "video lucah" Chua kerana tidak mahu menyerang peribadi Presiden MCA itu. Antaranya Salehudin mengarahkan mana-mana jentera PAS agar menyerahkan kepada polis jika menemui video itu. Namun kini, ia tidak dapat dielakkan lagi apabila Choi Sek sendiri membuka pandora box dengan mempertikaikan hak peribadi calon PAS itu sebagai seorang Islam.

Tiada ulasan: