KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Januari 27, 2011

Soal berpegang kepada Islam: Tok Guru Nik Aziz sifatkan Umno lebih teruk dari Lee Kuan Yew di Singpaura!


UMNO lebih teruk dari Lee Kuan Yew. Hal ini boleh dikaitkan bila Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilapor menyifatkan orang Melayu di Malaysia yang menolak Islam dan mengambil pendekatan nasionalisme lebih teruk daripada menteri mentor Singapura, Lee Kuan Yew. 

Menolak Islam dan mengambil pendekatan nasionalis inilah yang diperjuangkan UMNO. Nik AbdulAzizi berkata, ini kerana Lee hanya meminta umat Islam di republik itu tidak terlalu berpegang kuat kepada ajaran Islam berbanding segelintir orang Melayu di negara ini yang membuang sama sekali Islam dan mengambil pendekatan nasionalisme.

"Orang Melayu sini pun tolak Islam, tolak Islam ambil kebangsaan lebih teruk daripada Lee Kuan Yew. Beliau cakap jangan pegang (Islam) kuat sangat, orang ini kata buang semua ambil kebangsaan, lebih teruk daripada Lee Kuan Yew," katanya di sini semalam.

Dipetik Utusan Malaysia hari ini, Nik Aziz mengulas gesaan Lee supaya umat Islam di republik berkenaan tidak terlalu berpegang pada ajaran Islam bagi membantu proses integrasi dan pembangunan negara tersebut. Pandangan itu terkandung dalam buku terbaru tulisannya "Lee Kuan Yew: Hard Truths to Keep Singapore Going".

Tiada ulasan: