KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, Januari 24, 2011

Tahniah Umno kerana menentang pindaan: Kini rakyat sudah tahu apa maksud "Daulat Tuanku" dari mulut pemimpin Umno!


Ketua Pembangkang Selangor Datuk Mohamad Satim Diman semalam berkata Barisan Nasional (BN) akan menentang pindaan Perkara 52 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 kerana tidak mahu melihat pegawai-pegawai tinggi kerajaan negeri hanya berfungsi sebagai 'Pak Turut'.

Dewan Undangan Negeri Selangor sedang bersidang hari ini bagi meminda Perkara 52 dalam undang-undang negeri bagi memulangkan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat

Undang-undang Negeri yang terletak dibawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Maka makin jelaslah siapa Umno di mata rakyat. Slogan-slogan "Daulat Tuanku" hanya omongan kosong mereka mengeliru dan menipu rakyat. Kononnya mereka perjuangkan hak Istana, sayang Tuanku Sultan dan setia. rupa-rupanya Umno muncul dulu untuk menentang pindaan mengembalikan kuasa Sultan ini. Tahniah Umno!

Tiada ulasan: