KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, Januari 24, 2011

Tenang tonjol Umno tunjuk contoh tak baik: Pemimpin MCA, Gerakan dan MIC keliru tentang Islam ajaran Umno


Isu "bersalam" timbul di Tenang kerana para pemimpin MCA, Gerakan dan MIC keliru dengan apa yang mereka lihat di dalam Umno. Bagi mereka, pemimpin Umno juga beragama Islam baik lelaki mahupun wanitanya, tetapi boleh bersalam atau berjabat tangan dengan sesiapapun, lelaki perempuan Tetapi apa yang terjadi di Tenang, calon PAS tidak boleh bersalam atau berjabat tangan melainkan menggunakan sarung tangan khas bagi mengelakkan sentuhan kulit bukan muhrim.

Inilah isunya. Chua Soi Lek yang terlibat dengan "lakonan lucah" tentulah memandang ringan soal bersalam ini. Terlalu kecil berbanding dengan apa yang dilakukannya dalam "lakonan lucah" itu. Bagi pemimpin lain, agak ganjil, apabila Cikgu Mala yang jadi calon PAS tidak mahu bersalam tanpa menggunakan sarung tangan. Seolah-olah kata mereka, tangan orang lain yang disalaminya itu "kotor" atau "tidak bersih".

Itu hanya persepsi kasar. Jika tidak dilihat daripada aspek agama, memanglah itu jawapannya. Macam seolah-olah nak jaga kesihatan atau mengelak dari virus. Tetapi agama tidak boleh difikir dengan akal. Islam telah menyuruh dan melarang, maka ikut sahaja apa yang diperintahkan Allah SWT. Di sinilah timbulkan soal ketaatan kepada Allah mengatasi kepentingan yang lain. Maka dari sini jugalah, kesediaan pemimpin Umno untuk melaksanakan Islam dapat dilihat, jika mereka yang teguh atau patuh kepada perintah Allah, maka Islam akan dijunjung tetapi sebaliknya, Islam akan diperlekeh dan cemuh. 

Kelirunya pemimpin bukan Islam dalam BN, bukan kerana mereka bukan Islam. Tetapi kerana ada orang Islam dalam Umno yang meremehkan soal bersalam ini. Islam kata haram bersentuh kulit antara lelaki dan wanita yang bukan muhrim, tetapi majoriti pemimpin Umno tidak melayan perkara ini. Jabat tangan seperti amalan bukan Islam, juga dilakukan oleh pemimpin Umno dan ini dilihat dengan mata kepala pemimpin MCA, Gerakan dan MIC sendiri.

Maka, mereka pun bertanya, apa beza Islam Umno dengan Islam PAS? Apa pula beza jabat tangan orang Islam dengan jabat tangan orang kafir? Tentulah Islam dan bukan Islam itu ada beza. Wanita Islam wajib menutup aurat. Tetapi kalau pemimpin wanita atau isteri PM dan Menteri tak tutup aurat apa beza pula dengan Menteri Pelancongan yang juga Ketua Wanita MCA yang bukan Islam itu?

Chua Soi lek antara pemimpin bukan Islam yang masih keliru dengan Islam Umno dan Islam PAS. Kemunculan Cikgu Mala di tenang telah membuka fikirannya untuk bertanya, tentang bersalam. Dan tentu juga, dia bertanya kenapa isteri najib tak tutup aurat macam wanita-wanita MCA? Kenapa pulka Cikgu Mala dan muslimat PAS pada hari penamaan calon, semua tutup aurat? Umno ikut Islam apa? PAS pula ikut Islam mana? Tenang telah mengajar sesuatu kepada Soi Lek. Harap dia bertenang untuk mendapatkan jawapannya.  

Tiada ulasan: