KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Februari 25, 2011

Himpunan anti-Gaddafi selepas solat Jumaat hari ini di Kedutaan Libya diketuai Mohamad Sabu



Pakatan Rakyat akan membuktikan solidariti bersama rakyat Libya yang menentang pemimpin diktatornya, Muammar Gaddafi dengan mengadakan perhimpunan aman di luar kedutaan Libya di Jalan Madge, Ampang, Kuala Lumpur, selepas solat Jumaat esok.

Sekurang-kurangnya 500 penyokong, termasuk pelajar Libya yang menuntut di negara ini dan kakitangan kedutaan berkenaan akan mengambil bahagian. Ketua biro antarabangsa PAS, Syed Azman Syed Ahmad berkata satu memorandum juga akan dihantar kepada duta Libya bagi menuntut pemberhentian serta merta pembunuhan orang awam.

"Kami berpendapat ada keperluan mendesak bagi menyokong rakyat Libya, sebab pembunuhan beramai-ramai rakyat yang tidak berdosa tidak harus dibiarkan,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Perhimpunan itu dijadualkan pada jam 2.30 petang selepas solat Jumaat dan dijangka berlangsung selama sejam. Beberapa NGO juga dijadualkan akan mengambil bahagian. Menurut Syed Azman, duta Libya ke Malaysia juga kemungkinan besar akan menyertai perhimpunan di luar kedutaannya itu.

Ahli jawatankuasa pusat PAS, Mohamad Sabu pula meminta semua rakyat Malaysia mengambil bahagian dengan berkumpul di luar pejabat kedutaan Libya. "Semua orang patut hadir esok bagi menunjukkan bantahan mereka terhadap keganasan dan pembunuhan penunjuk perasaan yang tidak berdosa,” kata Mohamad.

Selasa lalu, pegawai kedutaan Libya di Kuala Lumpur menyertai rakan-rakan mereka di seluruh dunia membidas Gaddafi kerana pembunuhan ramai rakyat yang mengambil bahagian dalam protes di negara itu. Mereka membakar potrait diktator yang telah berkuasa lebih empat dekad lalu pada protes lebih dua jam itu sebelum diarahkan oleh polis supaya bersurai.

5 ulasan:

Unknown berkata...

salam perjuangan..mohon link blog ana http://addin77.blogspot.com.blog tuan dh dilinkkan..t.kasih

Tanpa Nama berkata...

I almost never comment, but i did a few searching and wound up here "Himpunan anti-Gaddafi selepas solat Jumaat hari ini di Kedutaan Libya diketuai Mohamad Sabu".
And I actually do have some questions for you if you usually do not
mind. Is it just me or does it look like some of the
comments come across as if they are coming from brain dead folks?
:-P And, if you are posting on other places, I'd like to follow everything new you have to post. Could you list of the complete urls of all your public pages like your twitter feed, Facebook page or linkedin profile?
my web site :: Pie-ing.blogspot.Ca

Tanpa Nama berkata...

It had been some time since I visited website with such high quality
information. Thansk so much for the useful data

Review my page :: having trouble getting pregnant

oakleyses berkata...

new balance outlet, canada goose, ugg boots, mcm handbags, ugg soldes, herve leger, canada goose outlet, babyliss pro, uggs on sale, birkin bag, reebok shoes, vans outlet, instyler ionic styler, p90x workout, soccer shoes, mont blanc pens, abercrombie and fitch, uggs outlet, north face outlet, canada goose outlet, jimmy choo shoes, hollister, bottega veneta, lululemon outlet, asics shoes, chi flat iron, insanity workout, nike trainers, canada goose outlet, marc jacobs outlet, ugg, ugg outlet, wedding dresses, longchamp, valentino shoes, north face jackets, rolex watches, soccer jerseys, nike huarache, nfl jerseys, roshe run, giuseppe zanotti, beats headphones, mac cosmetics, ferragamo shoes, ghd, celine handbags

jeje berkata...

jinyi925
ralph lauren uk
golden goose
moncler outlet
adidas clothing
pandora jewelry
true religion jeans outlet
birken stock
ralph lauren polo
moncler outlet
tod's outlet