KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Oktober 19, 2012

Kerajaan Umno-BN berhutang lebih RM500 bilion, lebihi paras bahaya untuk Malaysia



Dalam keghairahan rakyat bergembira menerima perkhabaran pemberian pelbagai insentif daripada  kerajaan sebagaimana diumumkan Dato' Seri Najib Razak dalam Bajet 2013, terdapat beberapa perkara penting yang menghanyutkan rakyat dengan pengumuman itu. Peningkatan defisit dan hutang negara serta pemberian "one off" antara perkara penting agar rakyat tidak terjerumus dalam perangkap Kerajaan Umno-BN. Ikuti temubual NYZA AYOB, ADZHAR TAJUDDIN dan  ARIF ATAN dalam wawancara eksklusif pakar ekonomi, Dr Rosli Yaakop di Pejabat Editorial Harakah pada 3 Oktober lalu. 

Boleh Dr ceritakan kesan Bajet 2013 yang dibentangkan Dato' Seri najib Tun Razak terhadap defisit negara?

DR ROSLI YAAKUB: Bajet 2013 adalah bajet di mana perbelanjaan melebihi hasil. Ini bermakna Bajet 2013 adalah bajet yang juga akan mengalami defisit. Ini adalah defisit yang ke 14. Defisit kita telah berterusan selama 14 tahun dan tentunya ini merupakan bajet yang tidak berhemat. Akibat daripada defisit yang berpanjangan, hutang negara juga semakin meningkat kerana kerajaan telah meminjam sumber daripada dalam negeri dan luar negeri untuk menampung defisit setiap tahun. Hutang Malaysia telah melebihi RM 500 bilion dan diangka akan naik lagi.
Piawaian antarabangsa meletakkan bahawa nisbah hutang negara pada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang melebihi 55 peratus menunjukkan bahawa keadaan sesebuah negara itu tidak baik dan berada pada paras bahaya. Hutang negara kita dah sampai ke paras bahaya dan sudah sampai masanya bagi kerajaan mengurus perbelanjaan dan pendapatan dengan lebih berhemat supaya tidak terjebak dengan keadaan berhutang yang tinggi dan melebihi piawaian yang ditetapkan oleh Bank Dunia dan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF). Itu akan meletakkan negara kita dalam keadaan bahaya seperti yang pernah berlaku kepada kerajaan Greek, Itali dan Ireland. Ini kerana mereka terpaksa di bailout oleh Euoropean Union.

Apa tindakan yang perlu diambil bagi mengurangkan hutang negara...

Jika kita lihat belanjawan dan hutang negara dalam dua, empat hingga enam tahun lepas defisit negara kita semuanya negatif. Akibat daripada defisit itu menyebabkan hutang negara kita diukur daripada nisbah hutang negara kepada KDNK naik daripada 42.7 dalam tahun 2007 kepada 42.8 pada 2008, 55.4 pada 2009 iaitu mencapai paras bahaya. Pada 2010, 55.4 juga paras bahaya dan pada 2011 telah meningkat kepada 56. 6 peratus dan dijangka akan meningkat lagi pada 2012 ini menjadi 57.5 peratus. Paras hutang kita memang dalam keadaan bahaya malah diunjurkan oleh IMF kadar hutang negara akan mencecah 61 peratus pada tahun 2016. Kalau termasuk guarantee dan contingent liabilities, yang mana pada 2011 jika 117 billion, nisbah hutang negara kepada KDNK telah mencecah kepada  67 peratus, di paras bahaya. 

Adakah tiada langkah langsung mengurang defisit dalam Bajet 2013 yang lalu?

Sepatutnya dalam membentangkan bajet 2013, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan menggariskan langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengurangkan bajet defisit dalam kerangka masa yang ditetapkan supaya belanajawan negara dapat diimbangkan di mana hasil dapat menampung perbelanjaan dan mengemukakan langkah jangka sederhana dan jangka panjang bagi mengurangkan hutang negara. Itu sepatutnya ada dalam Bajet 2013 kerana hutang negara sudah sampai ke peringkat kritikal. Tetapi ini tidak dibentangkan dalam Bajet 2013. 
Maknanya cara kerajaan hendak mengurangkan defisit akhirnya mencapai belanjawan seimbang dan langkah-langkah kerajaan patut ambil untuk mengurangkan hutang negara semuanya tidak terkandung dalam Bajet 2013. Perkara ini amat kita kesalkan. Ini melambangkan bahawa kerajaan yang ada terus menguruskan negara dalam keadaan tidak berhemat dan tidak bertanggung jawab serta tidak mempunyai vision langsung. Kerja dia belanja... belanja...hutang... hutang... dan tidak tahu bila nak kurangkan belanja dan kurangkan hutang.

Dalam Bajet 2013 itu juga banyak dilihat tawaran politik "one off". Mungkin ini satu langkah yang wajar?

Bajet 2013 ini saya lihat adalah adik kembar kepada Bajet 2012. Butir-butir perbelanjaannya serupa. Dan bezanya hanya Bajet 2013 ini lebih besar daripada 2012. Dan lebih banyak mengandungi bayaran "one off". Dan jumlahnya juga lebih besar daripada 2012. Saya boleh berikan angka di sini. Saya sudah kira jumlah pemberian "one off payment" pada Bajet 2013 dan saya dapati jumlah bayaran sekali ini berjumlah RM 3.889 bilion. 

Berapa peruntukan untuk anak muda sahaja? 

Anak muda berumur 21 tahun hingga 30 tahun yang berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan yang membeli smartphone diberi ribat sebanyak RM200 seorang. Di sana ada kira-kira sejumlah 1.5 juta orang anak muda dalam kategori ini. Dan jumlah ribat yang kerajaan terpaksa tanggung ialah RM300 juta. BR1M diulang lagi dengan nama baru "BR1M 2.0". Ini macam  tajuk 'Bersih'. Setiap ketua isi rumah yang berpendapatan RM3,000 sebulan dan ke bawah diberi RM500 tunai. Dalam BR1M 2.0  pemberian yang sama diulang (RM500) dan ditambah pula dengan pemberian tunai RM250 kepada warga bujang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan RM2,000 sebulan dan ke bawah. Ini termasuklah duda, janda, penagih dadah, mat rempit. Orang tidak bekerja... Jumlah wang yang ditabur untuk membeli undi golongan ini berjumlah RM2.5 bilion. BR1M2.0 membawa manfaat kepada kira-kira 6 juta orang.  

Selain itu, "one off payment" juga diberi kepada bekas tentera tidak berpencen. Ini macam mana?

Antara manfaat yang ditawarkan ialah anggota tentera dalam kumpulan servicemen berpeluang (jika memenuhi syarat) naik pangkat daripada prebet ke lans korperal dan lans korperal ke korperal dalam masa lapan tahun. Dalam sistem sekarang, seseorang anggota berkemungkinan kekal prebet sampai pencen. Pembaikan ini melibatkan belanja RM107 juta untuk 78,123 anggota tentera. Selain daripada itu, semua anggota tentera ,125,708 orang akan diberi elaun insentif khas RM200 sebulan melibatkan perbelanjaan RM301 juta. 
Elaun perkhidmatan anggota tentera rizab Wataniah, rizab tentera laut dan rizab tentera udara  pula dinaikkan daripada RM4.00 sejam ke RM6.00 sejam (anggota biasa) dan daripada RM5.80 sejam kepada RM7.80 sejam (pegawai) memberi manfaat kepada 65,000 anggota. Ini ditambah lagi dengan one-off payment kepada 224,000 anggota tentera yang berhenti awal dan tidak berpencen (servis tidak cukup 25 tahun) melibatkan perbelanjaan RM224 juta. Juga, kesemua anggota angkatan tentera dan polis yang masih berkhidmat (242,000 orang) diberikan perlindungan insurans berkelompok dengan manfaat maksimum RM 15,000, melibatkan perbelanjaan (bayaran premium) RM12 juta. 

Pelajar sekolah rendah dan menengah juga dapat tawatan "one off"...

Dalam bajet 2012, pelajar sekolah rendah dan menengah di beri elaun persekolahan RM100. Bayaran "one-off" ini diteruskan dalam Bajet 2013. Seramai 5.4 juta orang pelajar akan menikmati bayaran ini melibatkan jumlah perbelanjaan RM540 juta. Ini pemberian yang membazir dan langsung "tak kena pada tempatnya" kerana cucu Lim Goh Tong, taukeh judi terkaya di Malaysia pun dapat dan cucu tukang sapu jalan, pekerja termiskin di Malaysia pun dapat. 

Berapa pula perbelanjaan "one off" untuk pelajar IPT?

Bayaran one-off voucher buku 1Malaysia diteruskan dalam tahun 2013 dengan jumlahnya dinaikkan daripada RM 200 ke RM 250 untuk setiap pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta termasuk pelajar pra universiti. Seramai 1.3 juta pelajar akan menikmati kemudahan ini. Dan jumlah perbelanjaannya RM325 juta. Ini juga tidak ekuitabel kerana tidak berasaskan need-base. Ini semua dapat. Cucu Ananda Krishna pun dapat... anak tukang sapu sampah pun dapat. Sepatutnya peruntukan RM325 juta itu diagihkan kepada pelajar-pelajar yang ibu bapanya berpendapatan rendah. Ini memang satu pemberian yang boleh dipersoalkan dan tidak saksama. 

Nampaknya pemberian "one off" ini ada motif dan agenda di sebaliknya?

Amat jelas pemberian ini untuk beli undi anak muda. Beli undi orang kampung. Beli undi pekerja berpendapatan rendah. Beli undi anak muda yang pertama kali hendak mengundi. Ini kerana sifatnya sekali sahaja. Ia menunjukkan cara kerajaan nak beli undi orang muda.

Bajet 2013 memang pendekatan populis Najib-BN, kenapa nak perbodoh rakyat?



Dalam keghairahan rakyat bergembira menerima perkhabaran pemberian pelbagai insentif daripada  kerajaan sebagaimana diumumkan Dato' Seri Najib Razak dalam Bajet 2013, terdapat beberapa perkara penting yang menghanyutkan rakyat dengan pengumuman itu. Peningkatan defisit dan hutang negara serta pemberian "one off" antara perkara penting agar rakyat tidak terjerumus dalam perangkap Kerajaan Umno-BN. Ikuti temubual NYZA AYOB, ADZHAR TAJUDDIN dan  ARIF ATAN dalam wawancara eksklusif pakar ekonomi, Dr Rosli Yaakop di Pejabat Editorial Harakah pada 3 Oktober lalu.

Bagaimana Najib boleh cakap BR1M dan rebat RM200 untuk telefon pintar itu bukan satu pendekatan populis?

DR ROSLI YAAKUB: Populis tak populis itu tak jadi persoalan. Duit yang diberikan secara tunai dan sekali saja tidak berpanjangan tidak semestinya diteruskan pemberiannya itu jelas menunjukkan populis. Dan kerana target dia orang bujang jelas menunjukkan bahawa ia disasarkan kepada segmen-segmen tertentu pengundi...  Nampak? Dan kalau sasaran dia segemen-segmen tertentu pengundi dan dalam bajet itu pun kita lihat sasarkan anak muda dengan smartphone, buku anak-anak muda yang pertama kali akan mengundi, lepas tu kumpulan kaum India diberi imbuhan khusus dan banyak lagilah belanja-belanja yang bersifat mensasarkan kepada segmen-segmen tertentu pengundi. Ini menyebabkan kita dengan mudah dapat mengesan bahawa ini adalah bajet pilihanraya..umpan, gula-gula. 

Mengapa sudah dua kali pembentangan bajet dibuat tanpa didahului Laporan Audit? 

Ini adalah rekod baru negara. Amalan yang lepas ialah Laporan Audit Negara dikemukakan dan diedarkan kepada ahli parlimen sebelum bajet tapi sejak tahun 2012 dan kemudian dilanjutkan tahun ini. Mungkin kalau kerajaan ini terus berkuasa akan dilanjutkan. Ini adalah amalan yang tidak bersifat 'good governance' dan satu sikap ketidakbertanggungjawaban. Sepatutnya kerajaan mengeluarkan pembentangan bajet supaya ahli parlimen kita dapat melihat apakah kelemahan-kelemahan dalam pengurusan kewangan negara dan dapat dijadikan bahan untuk digunakan dalam perbahasan bajet. Bila Laporan Audit tidak dikemukakan sepertimana sepatutnya ia bermakna menafikan hak ahli parlimen kita untuk membahaskan bajet itu dengan teratur dan dengan lebih berinformasi. Ini sebenarnya mencacatkan perbahasan mengenai Bajet 2013 itu sendiri. 

Sokonglah Pakatan Rakyat PRU-13, setuju hapuskan PTPTN, beri pendidikan percuma


Dalam keghairahan rakyat bergembira menerima perkhabaran pemberian pelbagai insentif daripada  kerajaan sebagaimana diumumkan Dato' Seri Najib Razak dalam Bajet 2013, terdapat beberapa perkara penting yang menghanyutkan rakyat dengan pengumuman itu. Peningkatan defisit dan hutang negara serta pemberian "one off" antara perkara penting agar rakyat tidak terjerumus dalam perangkap Kerajaan Umno-BN. Ikuti temubual NYZA AYOB, ADZHAR TAJUDDIN dan  ARIF ATAN dalam wawancara eksklusif pakar ekonomi, Dr Rosli Yaakop di Pejabat Editorial Harakah pada 3 Oktober lalu.

Perbandingan atau perbezaan yang cukup ketara antara Bajet 2013 BN dengan Bajet Pakatan Rakyat?

DR ROSLI YAAKUB: Bajet 2013 Pakatan Rakyat mengandungi langkah-langkah untuk menaikkan pendapatan boleh belanja rakyat melalui langkah-langkah penurunan harga dan memecahkan monopoli. Apabila monopoli berjaya dipecahkan, ia akan ada persaingan yang lebih sihat. Dan akan merendahkan harga. Selain itu terdapat langkah menurunkan harga minyak serta cukai eksais kereta sebanyak 20 peratus. Ini semua langkah-langkah untuk mengurangkan kos barangan dan cukai kereta. Ini meningkatkan kuasa beli rakyat serta meningkatkan pendapatan boleh belanja rakyat. Ini bermakna memasukkan wang ke dalam saku rakyat. 
Tetapi ini tidak dilaksanakan dalam Bajet 2013 BN. Selain itu Belanjawan 2013 Pakatan Rakyat mengandungi langkah-langkah untuk mengurus belanjawan negara hasil belanja lebih cermah dan berhemat serta mempunyai matlamat jelas untuk mengurangkan bajet defisit dan mengurangkan hutang negara. Dan dalam tempoh pertengahan, bajet Pakatan Rakyat akan mencapai belanjawan seimbang serta membawa hutang negara ke paras yang lebih berhemat iaiatu di bwah 55 peratus di dalam nisbah hutang negara ke KDNK. 

Pakatan Rakyat  juga akan menghapuskan PTPTN. Apakah ini tidak akan memberi kesan kepada pendapatan negara?

Satu perkara yang cukup jelas dalam Bajet 2013 Pakatan Rakyat ialah kita akan memberi pelajaran percuma kepada rakyat dengan menghapuskan PTPTN. Ia digantikan dengan peruntukan kepada semua pelajar di IPTA dan IPTS. Ia akan dibayar melalui peruntukan dan bukan melalui pinjaman. Kita tidak mahu apabila kita mempunyai hasil daripada minyak, rakyat tidak dapat faedah pelajaran percuma. Salah satu elemen perbelanjaan yang kita boleh gunakan hasil dairpada duit petroleum kita ialah untuk memberi pelajaran dan pendidikan percuma kepada rakyat. Memberi pelajaran percuma juga penting untuk meningkatkan kemahiran serta kualiti tenaga manusia. Akhirnya apabila kita belanjakan wang petroleum sekitar RM 3.5 hingga RM 4 billion, ini adalah perbelanjaan bernilai yang menyumbang kepada peningkatan kualiti dan mutu tenaga manusia dan ini memberi faedah kepada masa depan negara. Ini adalah baik untuk negara kita.

Berkenaan PTPTN, ada pandangan melihat ia perlu dimansuhkan di IPTA bukan di IPTS sebab kebanyakan yang masuk IPTS ialah golongan berada...

Saya rasa dasar kita untuk memberi dasar pendidikan percuma yang terbuka kepada semua lapisan rakyat adalah baik. Adalah salah menganggap bahawa yang masuk kepada IPTS itu banyak pelajar-pelajar kaya, tak betul. Ramai pelajar-pelajar yang mendapat keputusan yang kurang baik diterima masuk, ada ruang diterima belajar di IPTS. Pelajar ini pun kebanyakannya daripada luar bandar dan daripada ibubapa rakan keluarga yang miskin. Dan kerana keputusan mereka tidak berapa mencabar mereka tak berkelayakan pergi ke IPTA kerana biasanya IPTA mengenakan syarat kemasukan yang lebih ketat berbanding IPTS. 
Jadi, memberi ruang kepada pelajar-pelajar yang mana kebanyakan pelajar-pelajar yang kurang berprestasi ini juga adalah pelajar-pelajar luar bandar. Daripada ibubapa yang latar pelajar-pelajar miskin bukan salah mereka dan kerana keputusan mereka mencabar mereka tak berkelayakan pernah ke IPTA. Biasanya IPTA mengenakan syarat kemasukan ianya memberi ruang kepada yang kurang berprestasi yang mana kebanyakan pelajar-pelajar luar bandar, pelajar-pelajar yang miskin. Bukan salah mereka tapi kemudahan bantuan pembelajaran di luar bandar tak sebaik bandar.
Jadi tidak betullah... yang pergi ke IPTS pelajar kaya yang pergi ke IPTS dan saya yakin pelajar-pelajar yang sederhana dan rendah dan tak mampu. Kalau kita tak bagi pendidikan percuma yang akan berhutang yang latar belakang tidak... belum kerja dah ada hutang dah. Ini tak logiklah. Walhal, dah kerja tu beri bantuan nak bersedia beli kenderaan, perumahan. Jadi kenapa bebankan rakyat kita dengan beban sejak hari pertama dia bekerja. Ini tak wajar... Kita ada sumber yang kalau diurus dengan baik memang kita mampu untuk beri pelajaran percuma kepada negara kita. Kita sumbat ketirisan. Kita sumbat pembaziran. Kita banteras rasuah. Kita belanja kepada ikut keperluan. Tidak ada projek-projek mewah. Tidak ada projek-projek gajah putih. InsyaAllah duit yang kita selamatkan daripada membanteras kemungkaran-kemungkaran dalam pengurusan kewangan negara dapat dialihkan untuk pendidikan percuma kepada rakyat Malaysia. Itu logiknya. 

Maknanya jika Pakatan Rakyat memerintah, mansuhkan PTPTN dan beri pendidikan percuma, anak-anak orang kaya pun akan menikmatinya juga?

Anak-anak orang kaya dan semua orang akan dapat tapi selalunya orang kaya yang ada maruah tak akan ambil. Mereka akan tanggung persekolahan anak-anak sendiri. Patutnya begitulah sikap orang Malaysia tapi sikap orang Malaysia tidak dididik macam itu. Umno-Barisan Nasional hanya mendidik supaya rakyat jadi rakus. Dah kaya nak kaya lagi dan kalau ada duit kerajaan dia akan simpan walaupun dia kaya. Kalau dia kaya pun dia nak juga biasiswa kerajaan. Kalau orang kaya yang ada maruah dia tak akan ambil. 

GST tak sesuai "cekik darah", kadar cukai di Malaysia tertinggi


Dalam keghairahan rakyat bergembira menerima perkhabaran pemberian pelbagai insentif daripada  kerajaan sebagaimana diumumkan Dato' Seri Najib Razak dalam Bajet 2013, terdapat beberapa perkara penting yang menghanyutkan rakyat dengan pengumuman itu. Peningkatan defisit dan hutang negara serta pemberian "one off" antara perkara penting agar rakyat tidak terjerumus dalam perangkap Kerajaan Umno-BN. Ikuti temubual NYZA AYOB, ADZHAR TAJUDDIN dan  ARIF ATAN dalam wawancara eksklusif pakar ekonomi, Dr Rosli Yaakop di Pejabat Editorial Harakah pada 3 Oktober lalu.

Adakah sistem cukai yang dikenakan berpatutan seperti cukai ke atas syarikat dan cukai pendapatan.

DR ROSLI YAAKUB: Cukai di Malaysia jika diukur nisbah hasil cukai kepada KDNK secara relatifnya adalah tinggi iaitu 14 -16 peratus. Sedangkan di Singapura hanya 13-14 peratus. Di Indonesia 11-13 peratus; Kemboja 9-11; Filipina 12-14 peratus; China 9-10 peratus;  India 9-11 peratus. Ini menunjukkan secara relatifnya beban cukai di Malaysia lebih tinggi berbanding negara Asia yang lain. Namun demikian bilangan rakyat Malaysia yang membayar cukai hanya 1.7 juta orang sedangkan tenaga kerja di Malaysia berjumlah 12 juta orang. Ini menggambarkan, di sana banyak pengecualian cukai. Yang kedua, ini menunjukkan bilangan rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah yang tidak termasuk ruang lingkup cukai. 
Alasan utama, pendapatan rendah dan tidak payah bayar cukai. Saya rasa kerajaan sedar akan hal ini. Dan beban cukai di Malaysia adalah tinggi. Kerajaan kena turunkan cukai pendapatan peribadi kira-kira satu peratus lagi. Jadi cukai pendapatan korporat di Malaysia kekal 25 peratus dan cukai pendapatan peribadi diturunkan kepada 26 kepada 25 peratus. Namun demikian kadar cukai ini lebih tinggi daripada cukai pendapatan korporat di Singapura iaitu 17 peratus. Dan kadar pendapatan individu di Singapura juga dalam lingkungan 17 peratus. Paling tinggi pun 20 peratus. 

Adakah Dr rasa pelaksanaan cukai ini termasuk dengan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)?

Walaupun kerajaan mengatakan hasil cukai di Malaysia tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan tahunan Malaysia dan sebahagian besar adalah jasil petroleum, kerajaan melihat di sana ada keperluan untuk meningkatkan lagi kutipan cukai daripada rakyat Malaysia. Maka kerajaan dalam Bajet 2013 itu telah membayangkan akan melaksanakan Cukai Perkhidmatan dan Barangan (GST). Kerajaan nampaknya nak laksanakan secepat mungkin. Jika tidak memikirkan akan menghadapi masalah besar penentangan rakyat yang membolehkan dia kalah dalam PRU 13, GST mungkin telah diperkenalkan tahun ini. Tetapi memandangkan di sana ada penentangan besar daripada rakyat dan mood rakyat tidak menyokong pelaksanaan GST, kerajaan Umno-BN nampaknya menunda pelaksanaan ini tetapi Menteri Kewangan membayangkan ianya akan tetap dilaksanakan tetapi hanya masa tidak ditentukan. 

Apakah Pakatan Rakyat bersetuju dengan GST?

Daripada cara ia dibentangkan, kerajaan memang berazam hendak laksanakan GST. Dan kita tidak setuju pelaksanaan GST kerana banyak perkara yang perlu diperbaiki daripada segi belanjawan dan kewangan negara. Satu, masalah rasuah yang menyebabkan ketirisan hasil negara...masalah pembaziran yang mana hasil negara tidak digunakan sepenuhnya. Ketirisan daripada segi menaikkan harga projek kerajaan dan banyak wang digunakan untuk projek-projek mewah yang bersifat gajah putih dan perkara mungkar seperti ini, maka tidak wajar rakyat Malaysia dibebankan dengan perkara seperti ini. 
Cukai GST ini adalah satu cukai yang boleh kita samakan seperti pukat harimau. Orang kecil kena. Orang besar kena. Semua orang kena masuk dalam pukat tuh....ikan bilis ke... ikan duyung ke... ikan jerung ke. Semua masuk. Cukai GST ini kena pada semua orang kecuali pelaksanaan cukai ini disertakan dengan pembaikan dalam pengurusan kewangan negara dan membanteras rasuah disertakan dengan program kebajikan kepada rakyat miskin dan berpendapatan rendah yang komprehensif kecuali ia disertakan dengan penurunan kadar cukai korporat kepada kadar cukai pendapatan individu dan kenaikan cukai GST secara beransur-ansur. 

Maknanya GST lansung tak sesuai dilaksanakan...

Ia tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia kecuali kita tidak kisah dengan beban cukai yang akan ditanggung oleh rakyat. Selain itu, kita lihat Singapura apabila ia laksanakan GST, ia laksanakan secara berfasa-fasa. Dan cukai korporat serta cukai pendapatan individu diturunkan sikit-sikit. Singapura juga mengadakan program kebajikan yang komprehensif sehingga cara yang dilaksanakan Singapura untuk pelaksanaan GST itu tidak membebankan rakyat. Kita juga perlu ingat Singapura melaksanakan GST hanya setelah ia berstatus negara maju. Di mana pendapatan per kapita Singapura melebihi USD 15 ribu. Kita masih miskin nak laksanakan GST dan akan membebankan orang miskin.

Najib humban umpan "buaya" kepada rakyat agar mata kail Bajet 2013 mengena temolok



PEMBENTANGAN Bajet 2013, Jumaat 28 September 2012 yang lalu, boleh memberi jawapan kepada seluruh rakyat Malaysia, mengapa Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak masih enggan membubarkan Parlimen bagi mengadakan PRU-13.

Walaupun Najib berkali-kali mengatakan beliau suka dengan spekulasi yang bergegar dan bergeger ke seluruh negara, tetapi, kesannya amat tidak baik kerana, rakyat lebih banyak bercakap "bila PRU-13" sedangkan mereka (rakyat) sepatutnya boleh menumpukan kepada kerja yang patut diutamakan (bagi mencari pencapaian).

Najib nampak tenang, ketika melakukan pembentangan Bajet 2013 di Parlimen, walaupun ramai menteri-menteri yang mengantuk, termasuk menguap ketika pembentangan berlangsung – tetapi ramai yang tahu, Najib sebenarnya terlalu ghairah.

Keghairahan Najib, ketika membacakan "teks Bajet 2013" bukan bagi mencari unjuran atau meraikan pencapaian, tetapi mencari tempat di mana beliau boleh mengumumkan pemberian tunai kepada rakyat secara langsung, yang sesetengah pihak mendakwa, ia adalah rasuah dan umpan untuk menagih sokongan.

Barangkali, dalam pemilihan Umno selama ini, termasuk ketika Najib bertanding jawatan Ketua Pergerakan Pemuda, Naib Presiden, Timbalan Presiden dan yang terakhir sebagai Presiden, "pemberian tunai" ini berlaku juga.

Ia seperti ada persamaan, pemilihan Umno dengan pilihan raya. Jika tiada pemberian tunai, undi dan sokongan seperti menjauh. Sebagai Menteri Kewangan dan Perdana Menteri, Najib tentunya tidak suka jika hasratnya meneruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dipertikaikan. Tetapi, apakah rakyat Malaysia mahu terus disogokkan dengan mentaliti bergantung kepada bantuan?

Nanti, apabila ada suara yang mempertikaikannya, ada pula para juak-juak Perdana Menteri berkata, "yang tak mahu jangan ambil. Yang muka tak malu jangan datang ke majlis penyampaian bantuan (BR1M)." Bantuan "one off" ini bukan bantuan peribadi dan duitnya bukan datang dari kocek pemimpin Umno dan BN.

Apabila BN menang pilihan raya, semua yang menyokong dan tidak menyokongnya adalah rakyat Malaysia, yang mesti diraikan sebagai rakyat. Termasuk mereka yang masih belum mengundi! Jadi, tidak timbul soal "muka tak malu", "mereka yang tak mahu" dan kata-kata sindiran termasuk "muka tebal dan sebagainya", kerana jika cukup syarat, mereka yang mempertikaikannya, juga berhak.

Yang tidak berhak, apabila pemimpin dan pegawai kerajaan yang mengambil rasuah dan menyeleweng. Rasuah dan menyeleweng bukan hak sesiapa. Ini yang perlu diserang, disindir dan ditangkap. Bukan rakyat yang setahun sekali diberikan BR1M, kemudiannya diberi tekanan (mental) supaya terus menyokong BN!

Orang bujang, berusia 21 tahun ke atas (yang sudah mendaftar sebagai pengundi), dilayan dengan BR1M bernilai RM250. Terima kasih kata mereka yang mendapat duit percuma dari kerajaan tetapi, apabila pemilihannya berlaku kepada mereka yang sudah layak mengundi, ia memberikan pelbagai tafsiran.

Begitu juga dengan voucher buku bernilai RM250 (dahulu hanya RM200) kepada penuntut IPTA dan IPTS (termasuk pelajar tingkatan 6), sepatutnya kerajaan mengkaji semula mekanisme penggunaannya. Jangan nanti, kedai buku terpilih sahaja yang mengaut keuntungan, manakala penuntut-penuntut ini tidak berkesempatan untuk menggunakannya dengan nilai maksimum. 

Malahan, ada kedai buku yang "membeli voucher" dengan tukaran tunai – yang mengakibatkan penuntut tersebut ditangkap dan didakwa di mahkamah. Mungkin kejadian seperti ini merupakan isu terpinggir, tetapi kerajaan kena bertindak tegas dengan menarik balik kebenaran "kedai buku terpilih" kepada pihak yang berani menukarkan voucher buku itu kepada tukaran tunai.

Dalam pembentangan Bajet 2013 ini, Najib juga risau dengan sikap dan pendirian bekas tentera yang berhenti dari perkhidmatan yang tidak membolehkan mereka (bekas anggota tentera ini) menikmati pencen. Ada pemberian "one off" RM1,000 kepada mereka. Tentulah Najib berharap, seruannya supaya rakyat menilai kemampuan kerajaan BN sebagai "menagih sokongan" ketika pilihan raya nanti – dan bukan sebaliknya.

Satu perkara lagi yang kurang menarik telah Najib umumkan ialah potongan 20 peratus diskaun kepada peminjam PTPTN yang boleh menjelaskan bayaran terus dalam tempoh setahun dan potongan 10 peratus jika membuat pembayaran tetap sehingga langsai hutang!

Apakah Najib tidak memikirkan kepada mereka yang tidak meminjam PTPTN? Sepatutnya, jika mereka yang meminjam diberikan "tawaran", kepada yang tidak membuat pinjaman, juga ditawarkan "sesuatu". Janganlah melayan mereka yang berhutang tetapi kepada yang tidak berhutang, menjadi bahan "ketawa".

Memetik Titah Sultan Terengganu di Istiadat Penghadapan dan Pengurniaan Gelaran dan Bintang-Bintang Darjah Kebesaran negeri di Singgahsana Istana Maziah, Kuala Terengganu, budaya meminta dan mentaliti subsidi dalam kalangan rakyat perlu dikikis bagi membentuk sebuah masyarakat yang mempunyai daya saing tinggi.

Baginda bertitah, untuk berubah, rakyat perlu berusaha dengan gigih dan jangan berharap kepada bantuan semata-mata. "Bila dapat bantuan pula manfaatkanlah sepenuhnya dan janganlah disalah guna. Di samping itu, rakyat perlu memupuk budaya berterima kasih kepada kerajaan atas bantuan  dan usaha yang dilakukan untuk mereka.

"Beta menghargai usaha kerajaan beta yang menitik beratkan kebajikan dan keperluan rakyat ke arah melahirkan persekitaran yang lebih sempurna dan memperbaiki taraf hidup mereka," titah baginda. Berbalik kepada pemberian langsung seperti BR1M dan RM100 kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah, banyak pihak mengucapkan terima kasih kepada kerajaan tetapi dalam masa yang sama, mereka mahukan Najib lebih serius melihat keperluan fisikal sekolah, infra dan keperluan wang untuk menyediakan kertas peperiksaan.

Usah pula Najib terasa hati dengan sindiran dari rakyat yang mengatakan semua itu adalah "gula-gula" sebelum PRU-13 kerana tiada siapa boleh menjamin, setiap kali sampai tarikh pembentangan Bajet, ia boleh diteruskan! Ingat! Slogan "Janji Ditepati" itu lebih bermakna jika kerajaan dapat terus mengurangkan indeks jenayah, menghapuskan rasuah, mengawal harga barang keperluan supaya tidak terus naik dan memperbaiki sistem rawatan di hospital.

Walaupun, Najib agak berbangga dengan Klinik 1Malaysia, tetapi lihatlah sendiri bagaimana proses mendapatkan rawatan di hospital kerajaan dan berapa jam yang diperlukan untuk mengambil nombor giliran, berjumpa doktor dan mengambil ubat. Pemimpin-pemimpin BN mungkin tidak pernah melalui semua ini, tetapi dengarlah "denyut nadi rakyat" jika benar-benar mahu menggunakan slogan "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan".  

>> Komentar penulis prolifik politik Safar Jumaat

Rakyat sudah mengaum: Belanjawan Pakatan Rakyat boleh benam Bajet BN 2013


APABILA Pakatan Rakyat membentangkan Alternatif Bajet 2012 – "Ekonomi Rakyat Negara Berkat", dua hari lebih awal dari Pembentangan Bajet 2013 oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak yang merupakan Menteri Kewangan – memberi kesan yang cukup positif.

Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh ketika memberi taklimat di Parlimen, Rabu lalu menyebut tiada kenaikan cukai dibuat kecuali mengawal ketirisan yang meningkat akibat gejala rasuah dan ketidakcekapan.

Lebih menarik, apabila Anwar menyebut, cadangan untuk menubuhkan PetroSabah, PetroSarawak dan PetroTerengganu – di mana Petronas diminta menaungi syarikat-syarikat ini hingga ia berjaya berjalan sendiri.

Sebenarnya, Pakatan Rakyat boleh sahaja membentangkan bajet mereka selepas pembentangan Bajet 2013, supaya penambahbaikan yang diutarakan pihak pemerintah boleh ditegur, namun – atas rasa tanggungjawab kepada rakyat, Pakatan mengambil daya usaha untuk membentangkannya lebih awal.

Dengan meramalkan Barisan Nasional (BN) akan membentangkan bajet untuk meraih undi dan mencari populis, Anwar lebih optimis perkembangan ekonomi negara pada 5.2 peratus, dengan saiz ekonomi Malaysia RM1,064 bilion, kadar inflasi 3 peratus dan bajet defisit 3.5 pratus. Kata Anwar, BN tidak pernah memenuhi ramalan ekonomi mereka. Mereka tidak jujur tentang angka.

Itulah sebabnya, setiap tahun ada sahaja pertambahan yang diperlukan dengan meminta sokongan ahli-ahli Parlimen, kerana mereka sebenarnya tidak cekap menguruskan kewangan sehingga membabitkan lebihan peruntukan yang sudah disediakan.

Jika sesiapa menyemak setiap kali ada persidangan Parlimen, hari-hari terakhir, dalam kesuntukan masa, akan ada pembentangan "bajet tambahan" yang secara tergesa-gesa diluluskan, walaupun pembangkang akan membantah.

Kelulusan bajet tambahan ini tidak memerlukan sokongan 2/3 yang membolehkan BN meluluskan ikut suka hati mereka. Lebih menarik lagi, apabila Anwar mensasarkan keuntungan kroni pemerintah berlaku sejak zaman Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri. Maka, Pakatan Rakyat akan menghapuskan DEB kerana selama ini polisi Bumiputera disalahgunakan oleh kumpulan minoriti.

Menurutnya, anak-anak bekas Perdana Menteri mengawal berbilion ringgit hasil daripada petroleum. Jika anak-anak bekas Perdana Menteri boleh menjawab dakwaan Anwar ini, tentulah rakyat akan tahu, siapa sebenarnya pemilik Petron – minyak yang dulunya kepunyaan Mobil dan Esso. 

Khabarnya, Shell juga sedang "diintai" oleh orang yang sama – untuk mereka bolot dan kuasai! Pakatan Rakyat berjanji, apabila berkuasa, mereka akan bersikap lebih telus untuk menangani rasuah. Kandungan alternatif bajet juga menyentuh cadangan membubarkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang fungsinya sama dengan Khazanah Nasional.

Beliau juga menyebut untuk kesekian kalinya untuk menurunkan harga kereta, pemansuhan tol, pemansuhan pinjaman pendidikan yang dipercayai merujuk kepada PTPTN yang menjadi tuntutan mahasiswa sejak kebelakangan ini.

Bagi kaum wanita, mereka juga tentunya berbangga apabila Anwar menyebut akan memperkenalkan Caruman Wanita Nasional dengan peruntukan yang besar sebagai tanda penghargaan kepada golongan ini terhadap pembangunan negara.

Walaupun bajet alternatif ini menjadi bahan ketawa wakil-wakil rakyat BN, namun, Anwar memberitahu wartawan bahawa apa yang dibentangkan ini adalah berdasarkan pengalaman di Pulau Pinang dan Selangor – di mana, kedua-dua negeri ini dapat mentadbir pembangunan negeri dengan jaya.

Kata Anwar, walaupun DEB dimansuhkan, orang Melayu tidak akan rugi apa-apa kerana jika bantuan diberikan kepada orang India yang layak, orang Melayu juga akan menikmati tempiasnya. Malangnya, selama ini, walaupun DEB dijalankan, namun orang Melayu masih ketinggalan kerana pelaksanaannya tidak dibuat secara adil. DEB disalahgunakan oleh pihak berkuasa dan kroni mereka yang mengaut keuntungan dari perlaksanaan dasar tersebut.

Belum pernah selama ini BN menghadapi persaingan yang begitu hebat, berbanding dengan kewujudan Pakatan Rakyat – dengan persaingannya seolah-olah sistem dua parti sudah mendatari politik negara ini. Para menteri dalam kabinet Najib sedang berhempas pulas mengkaji bajet alternatif ini kerana mereka juga ingin menyerang pembangkang yang mereka anggap mengganggu perjalanan kerajaan.

Lebih awal, Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas, Dato' Ibrahim Ali membidas Anwar yang mahu membentangkan bajet alternatif ini sebagai menyalahgunakan Parlimen. 

Namun, kenyataan Ibrahim tidak mendapat sokongan dari mana-mana menteri dan Ahli Parlimen BN yang lain. Dimensi politik Malaysia kini sudah terbuka. Rakyat boleh berfikir secara matang dan membuat pilihan. Selama ini, rakyat tidak pernah "dibentangkan" dengan dua bajet, tetapi kini, ia sudah berbeza.

Rakyat sudah tahu, ada cara yang lebih baik untuk mengurus tadbir kewangan, asalkan ia tidak tiris dan gejala rasuah dapat dikawal. Malangnya, kos yang meningkat selama ini, akibat dari rasuah, terpaksa ditanggung oleh rakyat dan pembayar cukai.

Itulah sebabnya, indeks rasuah negara tidak pernah berubah sejak sekian lama – walaupun, menubuhkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam era kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi tidak disenangi kepimpinan sebelumnya.

Ramai yang risau, kalau menjadikan Badan Pencegahan Rasuah (BPR) kepada SPRM akan menyebabkan "kroni" mereka sendiri yang akan terperangkap! Kerisauan itulah yang menyebabkan mereka yang "terkejut" dengan BPR bertukar menjadi SPRM berhempas pulas menjatuhkan Abdullah dari kerusi Perdana Menteri dan Presiden Umno, kerana khuatir Abdullah mahu menggunakan SPRM untuk "menangkap" mereka yang bergelumang dengan gejala rasuah.

>> Komentar penulis prolifik politik Safar Jumaat

Paku terakhir buat keranda Suaram: Diganyang kerana seret skandal Scorpene ke Perancis


Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menjadi mangsa licik mainan politik pemimpin Umno-BN ekoran keberanian NGO itu mendedahkan isu rasuah dalam pembelian kapal selam Scorpene yang melibatkan pemimpin tertinggi dalam negara. Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel tekanan terhadap Suaram dengan skandal berkenaan kepada AHMAD LUTFI OTHMAN dan NYZA AYOB dalam wawancara ekslusif di Pejabat Editorial Harakah, 22 September lalu. Bahagian pertama daripada dua bahagian.

Apa di sebalik kontroversi melibatkan Suaram sekarang?

CYNTHIA GABRIEL: Kontroversi terbaru yang melibatkan Suaram bermula  hujang Julai lalu. Kami yakin kaitan isu rasuah dan Scorpene itu adalah perkara utama yang menyebabkan kerajaan Malaysia menggunakan agensi-agensi yang berlainan untuk cuba membuat siasatan ke atas Suaram dalam cara yang penuh... timingnya ada banyak koordinasi. Nampak macam Suaram diburu, diserang... semuanya pada masa yang sama. Kita banyak diberikan 'publisiti' dalam Buletin Utama TV3. Sebelum TV3 pick up on the issue, banyak website Umno, Umno punya cyber trooper telah menyerang individu dan pemimpin dalam Suaram.
Mereka cuba menunjukkan kita semua ini ada kaitan dengan parti politik. Timing dia penting sebab bila kita ada satu fund raising makan malam untuk isu Scorpene pada bulan Jun, kita telah pun memberitahu orang ramai bahawa kes itu suah pun diberikan priority di Perancis dan dinaikkan kepada mahkamah yang lebih tinggi. Dan dua hakim telah pun dilantik untuk menyiasat kes Scorpene dan rasuah yang mungkin melibatkan pegawai Perancis dan pegawai Malaysia yang terlibat dalam kontrak yang ditanda tangan pada masa itu. 

Mengapa blogger Umno ini bekerja keras untuk mengaitkan Suaram dengan pembangkang?

Selepas itu kita dapat blogger Umno yang sangat aktif yang cuba mengaitkan Suaram dengan KeADILan. Sebab dulu ada beberapa pemimpin Suaram yang meninggalkan aktiviti NGO dan memasuki parti politik. Main people adalah Tian Chua, Sivarasa dan Elizabeth Wong. Kua Kia Soong salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Suaram. Dulu dia Ahli Parlimen Petaling Jaya di bawah DAP. Mereka mengaitkan Tian Chua, Sivarasa dan Elizabeth Wong untuk menggambarkan KeADILan ini ada kaitan secara langsung dengan Suaram dan ada pengaruh yang cukup besar daripada segi mempengaruhi agenda Suaram. Juga Dr Kua sebagai Ahli Parlimen daripada DAP sebelum ini. 

 Jadi, mereka cuba putar cerita seperti itu... 

Kemudian ada satu lagi laman web yang mengeluarkan "who are Suaram.com?". Dia beli ruang pengiklanan untuk pamerkan "who are Suaram?". Jadi dia letak main people of Suaram. Daripada dulu semasa Suaram bermula ketika Operasi Lalang, pemimpin-pemimpin yang dahulu sampai sekarang... Semua ini ada kaitan dengan agenda politik pembangkang. Ia hendak kaitkan pemimpin Suaram yang telah masuk politik dan pemimpin lama seperti saya yang bukan ahli politik tetapi memang dipengaruhi oleh agenda pembangkang. Mereka buat berlainan jenis, dengan menyatakan Suaram is a tool of opposition... alat bagi pembangkang. Saya rasa hanya PAS yang mereka tidak kaitkan dengan Suaram. Sebab mungkin kerana imej kita, bercakap bahasa Inggeris. Jadi mereka cuba kaitkan dengan KeADILan dan DAP. Itu yang pertama sekali. Kemudian TV3 cuba memanipulasikan isu. 

Maksudnya TV3 memainkan peranan utama memangsakan Suaram?

Kita tengok Buletin Utama TV3 selalu menyiarkan suspek-suspek yang biasa ditonjolkan iaitu pihak yang sudah meninggalkan KeADILan seperti  Zahrain Yassin, N. Gobalakrishnan, Ezam Mohd Noor dan Eng Lam Yong. Mereka diberi ruang dalam Buletin Utama untuk mempersoalkan kita punya ketelusan dalam membawa kes Scorpene di Mahkamah Perancis. Apakah agenda kita, siapa yang bagi sokongan kepada kita? Siapa pemimpin dalam Suaram? Dan ada satu kumpulan GMM. Saya rasa namanya Azimudin yang selalu keluar TV3. Sebenarnya saya ada berjumpa dengannya sebelum ini, semasa zaman reformasi. Kenal-kenal dan kemudian dia hilang. Dia yang minta supaya Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk siasat isu Suaram. Kenapa Suaram didaftarkan di bawah syarikat dan bukan di bawah akta persatuan?

Macam mana kontroversi ini menjadi lebih besar dan pihak kerajaan mula berminat...

Kontroversi itu menjadi lebih besar sebab SSM telah datang ke Pejabat Suaram. Sangat cepat, tiba-tiba saja. Selepas dua hari... SSM tiba di Pejabat Suaram. Dia nak serbu, nak cari dokumen dan nak tengok semua aktiviti yang berlaku di Suaram. Tetapi dia tidak mengikut prosedur, tidak membawa waran sebelum masuk ke premis persendirian. Jadi, kita berjaya hantar mereka balik. Tetapi selepas dua ke tiga hari, dia datang sekali lagi dengan waran. Dia ambil semua akaun kita. Dia juga berjumpa setiausaha syarikat dan juga pejabat juru audit. Setiap tahun kita pastikan akaun kita diaudit dengan betul, telus dan tidak ada masalah. Dia membuat salinan untuk siasat. 
Untuk beberapa minggu tidak ada maklum balas. Sebab saya fikir mereka tidak boleh cari apa yang salah. Selepas itu GMM muncul kembali di TV3 dan menyatakan kalau pendaftar SMM  takut nak buat keputusan dan dia sepatutnya letak jawatan, orang lain boleh ambil alih. Selepas itu pendaftar SMM menjadi lebih garang. Dia mengatakan 'penyiasatan' kami ini masih berterusan. Dan dia notis isu yang baru kepada Suaram untuk pergi ke SSM. Dia soal siasat.

Kes ini juga melibatkan campur tangan menteri?

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Kepenggunaan, Dato' Ismail Sabri juga masuk campur. Apabila dia masuk campur, kita rasakan ini perkara serius. Jika mengikut Akta Syarikat 1965, menteri hanya masuk campur bila dia hendak tutup pendaftaran syarikat itu. Jadi, agendanya memang sudah jelas. Apa peranan dia? Apa yang dia hendak lakukan? Dia menjadi jurucakap bagi pendaftar SSM. Apabila dokumen tersebut dihantar ke Pejabat Peguam Negara, dokumen tersebut dihantar balik sebab Pejabat Peguam Negara kata dokumen belum lengkap. 
Ia agak pelik apabila Pejabat Peguam Negara akan memalukan satu agensi kerajaan seperti itu. Isu pokok adalah dia cuba cari kesalahan kita menguruskan Suaram sebagai satu persatuan bukannya syarikat. Kami berdaftar sebagai organisasi bukan berasaskan keuntungan dan  beroperasi seperti persatuan. Kami mempunyai fungsi-fungsi seperti persatuan dan kami mempunyai sukarelawan. Kita dah bagi tahu dalam kenyataan akhbar bahawa ramai NGO yang menggunakan akta syarikat sebab Akta Berpersatuan di Malaysia adalah satu akta yang penuh kesukaran dan banyak halangan untuk mendaftar sebagai persatuan terutama kalau kita buat kerja hak asasi manusia.

Suaram pernah mendaftar di bawah ROS?

Ya, pernah. Dan kita diberitahu bahawa nama Suaram itu tidak boleh digunakan sebab disenarai hitam. Tetapi ianya pada 2002. Selepas itu kita daftar sebagai syarikat sendirian berhad. Tetapi sebagai syarikat tidak berasaskan keuntungan. Ini kerana kita tidak mempunyai baki dalam akaun. Jika kita mempunyai baki, dana yang masuk daripada individu atau yayasan, kita tidak boleh habiskan dalam tempoh setahun, kita kena kembalikan baki tersebut. Jadi, dalam akaun audit, kita tidak mempunyai simpanan. Apabila peguam-peguam Suaram mengkaji memorandum, sebenarnya tidak ada banyak yang salah. Semua itu kita ikut. Tetapi dalam bahasanya 'good governance, public education'. Perkataan Suaram itu tidak dibenarkan. Itu yang penting untuk kita ketengahkan pada masa ini.

Mengapa kerajaan dakwa Suaram pertubuhan haram?

Apa yang kerajaan cuba lakukan, dia cuba pisahkan Suara Inisiatif yang merupakan pendaftaran kami dengan Suaram yang ramai orang kenali. Kerajaan kata Suara Inisiatif itu yang mengikut undang-undang, Suaram itu satu badan yang tidak sah. Ini adalah karut apabila mengatakan kami NGO haram. Apabila kami ke Suhakam buat aduan, mereka mengatakan sebenarnya Suhakam juga 'haram' sebab Suhakam didaftarkan sebagai Suruhanjaya Hak Asasi Manusia. Tapi ramai orang mengenali dan memanggil dengan Suhakam. Menggunakan analogi itu, kita ada Malayan Banking Berhad tapi orang panggil bank itu sebagai Maybank. Jadi apa kesalahan Suaram?

ROC juga menolak penggunaan nama Suaram?

Ya, bukan hanya ROS. Alasannya tidak dibenarkan, Suaram antara perkataan yang tidak dibenarkan. Sepatutnya ia menjadi Suaram Inisiatif tapi kami tanggalkan huruf "M" itu dan menjadi Suara Inisiatif. Itu yang menjadi kontroversi kerana mereka cuba pisahkan pendaftaran sebenar dengan nama yang ramai orang kenali organisasi tersebut. Daripada segi hak asasi manusia, ramai kumpulan hak asasi manusia dan NGO lain juga menghadapi masalah yang sama. Memang sedikit yang dapat daftar. Terutama pada era Dr Mahathir Mohamad. Pada masa itu dia tidak ada simpati dan terbuka untuk menerima pendaftaran NGO. Masa 80-an dan 90an. Suaram muncul sewaktu regim Mahathir.
Tetapi badan antarabangsa seperti Amnesty International, mereka cuba membawa masalah ini dalam isu kebebasan berpersatuan. Amnesty International di Malaysia ini juga ditendang lima kali daripada pendaftaran persatuan. Mereka pun tidak ada pilihan dan mendaftar di bawah syarikat juga. Isu yang lain ialah hak rakyat untuk bersatu. Union pun ada satu lagi isu. Ada masalah jadi union nasional. Kalau in house union boleh tapi kalau kita hendak satukan semua menjadi nasional, ia menjadi masalah kepada kerajaan. Saya fikir ini menunjukkan perasaan tidak selamat kerajaan Umno-BN. Mereka takut kalau rakyat bersatu dengan mudah mereka akan menempuh banyak rintangan sebab kuasa rakyat menjadi lebih besar.

Selain itu, apakah isu dana juga menjadi isu utama dalam mengaramkan Suaram?

Isu yang cuba mereka besarkan ialah mengenai dana. Dalam NST yang terbaru mereka cuba memperbesarkan, bukan sahaja Suaram tapi mereka juga menamakan CIJ (Centre for Independence Journalism), Loyar Buruk (kumpulan peguam), Lawyers for Liberty, Malaysiakini... semua ini mendapat foreign funding (dana asing). Menteri Keselamatan Dalam Negeri (KDN), Hishamuddin Husein menyatakan dana asing ini memang akan menyahstabil negara. Jadi, kita memang hentam langkah ini sebab mereka cuba tonjolkan kita NGO yang ada agenda barat. Sebenarnya bila kita lihat, kerajaan Malaysia pun memberi dana kepada NGO di Timur Tengah, Palestin, Myanmar, Rohingya, Bosnia, Sri Langka dan Acheh. Dan kerajaan kita pun menjadi penderma untuk kes khas. Jadi apa salahnya dengan dana asing. Jika kita tengok dalam gambaran yang lebih besar, isu dana asing ini menjadi isu global sebab ada beberapa buah negara memang tidak cukup dana untuk menguruskan pentadbiran untuk rakyat mereka. Jadi, dana asing itu datangnya daripada negara yang lebih kaya. 

Adakah mengaitkan Suaram dengan dana asing akan menarik simpati rakyta kepada Kerajaan BN?

Kalau Malaysia memang benar-benar tidak suka dana asing, ekonominya tidak akan bergantung kepada foreign direct investment. Sebab itu adalah satu lagi bentuk dana asing. Jadi, apa mereka kata ini? Tapi mereka ini sangat cerdik. Mereka gunakan TV3, Utusan Malaysia dan Berita Harian untuk menunjukkan salah satu pemberi dana memang George Soros. Dan dulu George Soros really bad guy. Dan Soros ini, saya rasa terutamanya Muslim mereka melihat Soros ini sebagai orang Yahudi yang ada agenda menyahstabil negara Islam dan dia bertanggung jawab semasa spekulasi krisis mata wang di rantau Asia. 
Kalau George Soros bagi Suaram RM 60,000 atau RM 100,000. Bagaimana duit yang kecil ini boleh menyahstabil kerajaan? Cara mereka menggambarkan itu, saya yakin akan mengelirukan rakyat terutama Muslim. Mereka mungkin akan mengatakan, apa ni? Ini orang Yahudi. Tetapi, apabila kita menerima dana daripada mana-mana, sama ada dana asing atau tempatan, mereka tidak boleh mengganggu aktiviti kita. Dan ada beberapa kali kita sudah memimpin demonstrasi anti perang di depan Kedutaan Amerika Syarikat, isu Israel dan Palestin. Dan banyak kali kita mengadakan demonstrasi bersama-sama. Jadi, kami Suaram amat jelas mengenai hak asasi manusia.

Berapa jumlah yang dikatakan dana asing itu diberi kepada Suaram?

Sangat kecil. Setiap tahun, sekarang ini sudah tahun ke lima. Antara  60,000 ke 70,000 USD, jika duit Malaysia sekitar RM 200,000 setahun. Jadi, anda bagitahu saya dengan jumlah tersebut bagaimana nak menyahstabil negara? Ianya sangat kecil.

Bajet untuk penyelenggaraan Suaram untuk setahun?

Kurang daripada RM setengah juta. Jadi, kita dapat RM 200,000, selebihnya kita dapatkan daripada  penyokong tempatan, fund raising dinner dan jual publication. Kedutaan Jerman, Kanada, ada juga memberi sumbangan untuk penulisan laporan hak asasi manusia yang dikendali Suaram. Pembiayaan untuk NGO itu menjadi masalah yang besar dan memang tidak ada pembiayaan daripada sumber-sumber  tempatan. Dan kerajaan Malaysia tidak beri sumbangan langsung sedangkan harus ada sumbangan membantu NGO. Tapi Kerajaan Malaysia tidak suka kumpulan yang membuat kerja hak asasi.

Dalam isu ini, Suaram jelas menjadi mangsa politik kerana menyeret skandal rasuah dalam Scorpene ke Mahkamah Perancis...

Suaram memang yakin, kami dimangsakan sebab kami cuba mendedahkan isu rasuah yang melibatkan orang tertinggi dalam negara serta melibatkan Menteri Pertahanan pada masa kapal selam itu dibeli. Sekarang Menteri Pertahanan itu menjadi Perdana Menteri. Saya amat yakin kami memang dimangsakan kerana sebab itu. Di Malaysia biasanya 'the whistle blower' yang mendedahkan itu menjadi mangsa. Tetapi sekarang, isu rasuah itu tiada siapa yang cuba siasat. Kita sudah pun membuat aduan kepada SPRM dan SSM mengenai Perimekar dan Terasasi tapi tidak ada siasatan ke atas mereka langsung. Wang yang terlibat itu berjumlah berbilion dan beratus juta. Jadi, kenapa mereka tidak siasat mengenai Perimekar yang dimiliki penuh oleh Razak Baginda dan Terasasi, iaitu sebuah syarikat yang ditubuhkan di Hong Kong untuk mendapatkan RM 500 juta.

Boleh saudari terangkan daripada awal mengenai isu ini. Mungkin ada diantara masyarakat kita belum tahu mengenai perkaitan antara Suaram dengan isu Scorpene...

Isu Scorpene timbul apabila Suaram membuat aduan di Mahkamah Perancis pada April 2010. Kami membuat aduan berkenaan wang komisi berjumlah 114.96 euro yang dibayar kepada Perimekar untuk training dan support services. Apabila ahli Parlimen tanya di Dewan Rakyat, wang ini digunakan untuk apa, mereka kata ini digunakan untuk training pegawai-pegawai dalam Angkatan Tentera Laut dan  itu tidak diperincikan. Selepas kita monitor dan pantau kes Altantuya Shaaribu yang berlangsung di mahkamah kita, suspek utama Abdul Razak Baginda dibebaskan, dia cepat-cepat ke United Kingdom dan tinggal di sana. 
Najib Razak tidak dipanggil ke mahkamah untuk memberi keterangan menjadi saksi. Ada banyak perkara yang ditutup di mahkamah kita. Dan kenapa dua orang yang disabitkan dengan pembunuhan Altantuya itu dan motif mereka tidak diketahui umum. Dalam sesuatu kes pembunuhan, motif itu amat penting tetapi dalam kes Altantuya ini, hakim mengatakan motif itu tidak penting. Mereka hanya memberi hukuman terhadap dua orang pegawai polis tersebut.

Hantu tunggu pintu PRU-13: Skandal Scorpene, Mahkamah Perancis "takutkan" Kerajaan Umno-BN


Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menjadi mangsa licik mainan politik pemimpin Umno-BN ekoran keberanian NGO itu mendedahkan isu rasuah dalam pembelian kapal selam Scorpene yang melibatkan pemimpin tertinggi dalam negara. Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel tekanan terhadap Suaram dengan skandal berkenaan kepada AHMAD LUTFI OTHMAN dan NYZA AYOB dalam wawancara ekslusif di Pejabat Editorial Harakah, 22 September lalu. Bahagian terakhir, sambungan siaran Harakah Bil 1781.

Boleh saudari jelaskan permulaan isu Scopene ini dan kaitannya dengan Altantuya Sharibuu?

CYNTIA GABRIEL: Siapa Altantuya Sharibuu? Dalam kes ini beliau menjadi penterjermah seperti yang diberitahu Kerajaan Perancis dan Kerajaan Malaysia. Apabila dia datang ke Malaysia untuk mendapat komisen dia, dia diletup dengan C4 explosive. Dan kami difahamkan C4 explosive ini hanya boleh diperolehi daripada Menteri Pertahanan, kerana ia bukan macam bom biasa. Ia digunakan untuk memusnahkan bangunan bagi tujuan untuk dibina bangunan yang baru. Memang isu ini menjadi skandal yang besar di Malaysia. Ada banyak gossip mengatakan Altantuya ini dipercayai menjadi pasangan kepada Razak Baginda dan gossip itu lagi panas, apabila kita baca dalam blog Raja Petra (RPK), dia dakwa PM pun mempunyai "hubungan sulit" dengan Altantuya. 
Pada masa itu, Suaram menjadi ahli kepada "International Federation For Human Right", satu badan hak asasi manusia yang berada di Paris. Mereka telah pun perkenalkan kepada peguam yang membawa kes ini kepada Suaram. Apabila kami bertemu dengan peguam, peguam itu memberitahu ada kes yang agak sama berlaku di Pakistan dan kes itu berlangsung di Mahkamah Perancis.

Apa persamaan kes yang berlaku di Pakistan dengan kes Scorpene di Malaysia ini?

Pakistan telah beli 12 kapal selam tetapi apabila jurutera Perancis pergi ke Pakistan untuk membina "dockyard" di mana kapal selam itu akan parking, dan sewaktu mereka dalam perjalanan, ada satu bom diletakkan di dalam bas. Apabila  bom meletup, kesemua 11 jurutera itu mati. Sebab mereka dibom ialah negara Perancis melalui DCNS, iaitu syarikat perkapalan di Perancis telah memberi kepercayaan bahawa komisen akan dibayar kepada Kerajaan Pakistan tetapi mereka tidak bayar. Jadi sebab itu, rakyat Pakistan apabila tahu 11 jurutera itu dalam perjalanan ke "dockyard", mereka meletakkan bom di dalam bas. Satu "court case" di fail Kerajaan Pakistan di Perancis. Dan kes sedang berlangsung. Di Taiwan juga sama. 

Di Taiwan pun ada kes yang serupa...

Iya, ada... DCNS  ini GLC macam Petronas. Di mana Petronas ada banyak bagi sumbangan untuk Kerajaan Malaysia bagi urusan pentadbiran. Jadi, DCNS memang ada banyak bagi sumbangan kepada Kerajaan Perancis. "Court case" diambil oleh Kerajaan Pakistan terhadap DCNS di Perancis. Peguam bagi tahu kami, ini sedang berlaku di Perancis. Kes Malaysia ini juga agak sama. Jadi, kita boleh try lah. Tapi bila kami fail aduan di Mahkamah Perancis, memang tak sangka langsung bahawa kes ini berjaya diberi perhatian dan ia akan dinaikkan kepada mahkamah yang lebih tinggi. Kita memang tidak sangka. 

Apa tindakan seterus Suaram?

Selepas kami dengar apa yang berlaku pada Taiwan dan Perancis, motifnya ada dua. Yang pertama, di sini semua dokumen disembunyikan di bawah Akta Rahsia Rasmi atau OSA. Kontrak pun kita tak dapat. Suaram fail kes di Perancis sebab di Perancis ada "Freedom of Information Commision". Mereka boleh paksa DCNS mengeluarkan dokumen-dokumen dan kontrak. Jadi kita boleh tengok 114.96 Euro itu untuk apa? Dan peranan Altantuya tujuan apa? Dan apakah peranan Razak Baginda? Sampai  ke tahap mana? Jadi kami kata ok. "At least we can get all information". Kalau aduan kita diterima. 
Yang kami terperanjat ialah aduan kita bukan sahaja diterima tetapi mendapat perhatian yang serius oleh sistem kehakiman di Perancis sebab isu komisen 114.96 milion bukan komisen yang satu-satunya yang dia buat serbuan di Pejabat DCNS, tetapi dia sudah pun mendapati beberapa dokumen lain yang menunjukkan bahawa ada banyak komisen lain yang dibayar kepada Razak Baginda, dibayar juga kepada pegawai di Malaysia dan juga di Perancis. 

Adakah mengambil komisen satu kesalahan di Perancis?

Semua ini menjadi satu kesalahan di Perancis sebab mereka telah pun tanda tangani OECD konvensyen (anti bribery convention) yang menghalang pegawai Perancis daripada menerima kickbacks dan komisen. Itu kesalahan di Perancis. Negara Perancis ini memang mereka fokus kepada adakah pegawai Perancis yang membuat kesalahan terhadap undang-undang mereka. Mereka tak berapa "concern" apa yang berlaku di Malaysia. Tetapi termasuk juga... sebab dua-dua negara yang tanda tangan kontrak ini. Sebenarnya mereka tidak "interested" dengan Malaysian case, sebab ini isu Perancis. Dia hendak tengok isu Perancis yang buat salah daripada segi undang-undang. 
Tapi Malaysia pun kena tarik ke dalam sebab ada ramai pegawai di Malaysia yang terima wang yang tidak sah seperti ini... kickbacks dan komisyen. Dan ada yang juga yang dikaitkan "direct" kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Najib. Sebab itu Najib tidak berapa selesa dengan apa yang berlaku. Dan ada tiga lagi syarikat yang ditubuhkan iaitu Gifen, syarikat di Malta, Technomar, syarikat di Belgium dan Eurolux di Luxembourg untuk membuat bayaran secara tidak langsung kepada pegawai-pegawai Malaysia. Perancis sudah tidak boleh bayar "direct" sebab sudah "sign the convention". Jadi dia tubuh tiga syarikat di negara ini untuk membuat pembayaran kepada pegawa-pegawai Malaysia terutama kepada Razak Baginda dan syarikat kepunyaannya, Perimekar dan Terasasi. Ini menjadi skandal antarabangsa sebab Malta, Belgium dan Luxembourg juga dikaitkan dengan isu sub marin yang kita beli. 
Ada kes yang penting apabila ahli parlimen di Malta telah pun "highlight" kes ini di parlimen mereka. "So is it true company" ini ditubuhkan dan Malta menjadi semacam negara ketiga untuk membayar. Kita menjadi satu... negara "trafficking of money" dan sebagainya. Ini menjadi isu yang besar di Malta dan Kerajaan Malta pun telah membuka siasatan terhadap syarikat ini, Gifen. Kami sedang dalam proses inkuiri apabila kes ini sedang dinaikkan ke mahkamah yang lebih tinggi dan bila kami sudah bagi tahu kepada rakyat di Malaysia dan selepas itu Suaram kena serang... seperti yang saya bagi tahu sebelum ini.

Maksudnya "serangan" ke atas Suaram ada motif?

Kenapa "you" hendak serang Suaram sekarang, sedangkan Bank Negara ada semua rekod dana yang masuk ke dalam negara ini? Kenapa dia tidak ambil tindakan dahulu? Dan Suaram tahun ini, umurnya sudah 23 tahun. "After 23 year, suddenly you" hendak buat siasatan, macam tidak logik. Kenapa sekarang? Sebab yang kami fikirkan mereka cuba matikan "registration" Suaram supaya kami tidak boleh menjadi pihak kepada kes yang berlaku di Mahkamah Perancis. Apabila kita dibatalkan, mungkin kes ini akan dibatalkan juga.

Apa maklum balas peguam Suaram di Perancis...

Kami baru dapat maklum balas daripada peguam kita di Perancis, walaupun apa berlaku kepada Suaram, kes ini masih berterusan sebab motif utama hakim di sana adalah untuk mencari kesalahan pegawai Perancis, "not us". Tetapi ini memang suatu siasatan "criminal". Memang ada banyak isu teknikal seperti isu sapina yang boleh dikeluarkan mahkamah di sana kepada pegawai di sini. Ada banyak "debate" dalam kes ini. Bolehkah mahkamah di sana sapina Perdana Menteri, Najib dan sebagainya? Jawapannya, boleh. Memang boleh.
Sapina ini boleh dikemukakan melalui Kedutaan Perancis dan sebagainya. Tetapi tidak ada obligasi untuk pegawai Malaysia itu berhadapan di mahkamah. "Unless" mahkamah rasa "these person are important" macam Razak Baginda, orang tengah dalam rundingan yang berlaku itu. "Then" dia boleh minta kerjasama Interpol untuk tahan dia di mana-mana sahaja dan dibawa ke Perancis. Tetapi realitinya ialah hakim ini tidak akan guna kuasa mutlak dia. "Unless no choice". Tetapi, walaupun ada banyak sekatan, nampaknya reaksi yang berlaku kepada Suaram itu menunjukkan kerajaan betul-betul takut. 

Ini menunjukkan memang terdapat sesuatu yang cuba disembunyikan?

Betul-betul ada sesuatu yang kerajaan cuba sembunyikan. Pesanan kami sekarang kepada semua agensi kerajaan seperti SPRM dan badan kehakiman, kita mahu membuka siasatan di sini, di Malaysia. Bukan yang kita nak harapkan siasatan jauh di Perancis yang akan membawa keadilan kepada rakyat Malaysia dan pembayar cukai di Malaysia. Ini sebenarnya, wang rakyat yang digunakan. Wang rasuah itu sebenarnya wang rakyat Malaysia. Kenapa SPRM tidak buka siasatan di sini? Kemudian, kami dah kemukakan komplen mengenai Perimekar dan Terasasi kepada CCM, "instead" dia "investigate" Suaram. Dan bukan yang kedua-dua ini. Berjuta ringgit kepada Perimekar dan Terasasi pula di "accuse" untuk jual dokumen sulit kepada Kerajaan Perancis. Dokumen sulit daripada tentera laut kita mengikut spesifikasi yang diperlukan itu kepada Syarikat DCNS dan Thales supaya dia boleh tukar proposal mereka mengikut yang Kerajaan Malaysia mahu. 
Ini menjadi satu masalah yang besar sangat kepada Kerajaan Malaysia. "They should investigate" tapi tiada siasatan yang dibuka. Ramai orang kata "the only way is" pada pilihan raya. Sebab jika BN kalah dalam pilihan raya, Najib sudah tidak ada "immune" sebagai Perdana Menteri. Najib kena jawab kepada rakyat apa yang berlaku semasa dia "sign sub marine deal on 2002". "As long as BN ini power I think"  "kita tidak akan dapat apa-apa maklumat dan juga kebenaran kepada isu skandal kapal selam ini.

Nampaknya Kerajaan Malaysia semakin tertekan...

Apa yang berlaku di Perancis, kita boleh menambahkan tekanan untuk mereka cuba jawab apa yang sebenarnya berlaku. "As much as" kita harapkan Mahkamah Perancis boleh memberikan berapa banyak maklumat dan keterangan, "we need to" tambahkan tekanan di sini. Sebab ini mengenai duit pembayar cukai rakyat Malaysia. Wang rakyat yang digunakan untuk membeli kapal selam. Ini yang Kerajaan Malaysia beli bagi pihak rakyat Malaysia untuk "national security"
Jika dia tidak telus, tidak bertanggung jawab dan ada isu rasuah yang terlibat, kita kena tahu. Sebab itu, Suaram buat laporan ini. "At least now" kita dah dapat akses kepada kontrak dan kertas siasatan. Dokumen-dokumen ini walaupun dalam bahasa Perancis, telah pun bocor kepada satu laman web di Hong Kong. Jadi, ramai sekarang dah boleh baca apa sebenarnya yang berlaku. Sekarang, inkuiri itu sudah di peringkat ke dua. Kami sedang tengok apa seterusnya yang akan berlaku. Saya fikir yang akan berlaku, Suaram kena serang dan "obvious" dia cuba nak batalkan Suaram daripada kes ini.

Ia hanya membabitkan sejumlah yang disebut tadi...

Itu kita punya komplen. Tapi yang didapati dalam kertas siasatan "public prosecutor" kita dapati komisennya lebih daripada ini yang dibayar. Ada komisen yang melibatkan 142 juta Euro. Thales bayar kepada Terasasi untuk mendapatkan dokumen sulit dan ada lagi 30 juta dan 2.5 juta. Ini tinggal lagi yang didapati hasil daripada serbuan Pejabat DCNS. So macam YB Tian Chua, Wiliam Leong dan Sivarasa tanya di Parlimen, "other" komisen itu dibayar untuk siapa dan untuk apa? "Then" jawapan Menteri Pertahanan ialah tidak tahu. Dia cuba menafikan tentang syarikat Terasasi ini. Suaram tahu tentang syarikat Perimekar. Sebab Terasasi ini "based on Hong Kong". Tapi bila dia buat "search", Terasasi juga dapatkan duit daripada Thales.
Kami adakan satu sidang akhbar dengan peguam Suaram. Peguam kita ditendang keluar daripada negara ini apabila cuba masuk secara rahsia dari Perancis. Kenapa tendang dia keluar? "Game" apa yang "you" cuba hendak sembunyikan? "So last time" dia datang ke Malaysia dan tidak mahu ditendang lagi, kami jumpa di Bangkok. Kami cuba untuk bawa dia ke Malaysia sekali lagi.

Alasan apa peguam itu tidak boleh masuk ke Malaysia?

Alasan diberi dia tidak "apply" untuk visa. Sebenarnya untuk negara Eropah tidak perlu visa masuk Malaysia bagi tempoh beberapa  minggu. So dia masuk tanpa kebenaran untuk jumpa kami. Dia masuk "as a normal European visitor". Sewaktu dia masuk itu ok. Tetapi selepas dia jumpa kami, baru tak ok. Ada "special branch" pantau Suaram dan memang menjadi jurucakap di majlis makan malam yang kami anjur itu. Lepas itu dia ditendang keluar segera. "Official reason is" dia tidak masuk secara betul.

Ada halangan lain bagi kes ini...

Terhadap peguam sebagaimana yang disebutkan. Penafian di Parlimen, kerajaan kata tidak tahu apa-apa. Kepada Suaram sebagaimana yang berlaku sekarang.

Tekanan ini tidak akan mengganggu proses perbicaraan?

Tidak. Ia tidak akan mengganggu. Inkuiri akan berterusan tapi kami akan hilang elemen Malaysia. Daripada segi keputusan mahkamah dan inkuiri mahkamah, semua akan berlangsung seperti biasa. Tetapi kaitan dengan Malaysia sebab Suaram sebagai plaintif itu dipotong sebab tidak ada elemen dari Malaysia. Inkuiri itu akan berterusan. Tidak ada kena mengena dengan status Suaram daripada segi sah atau tidak sah. Tetapi macam mana kami nak dapat "keep alive Malaysia link"... propaganda kita di media sosial akan berkurangan sedikit sebab menjadi satu kes di Perancis walaupun melibatkan negara Malaysia. 
Tetapi hakim memang boleh panggil saksi-saksi di Malaysia kalau dia rasa perlu. Kes itu masih berterusan. Sebab itu, kami kata apa yang Kerajaan Malaysia cuba buat kepada Suaram tidak ada hasil. Sebelum ini dia tidak buat seperti ini, tapi menteri masuk campur. Dia nak cuba batalkan pendaftaran Suaram. Tidak jelas kesalahan Suaram, sebab kami ikut segala undang-undang di Malaysia. Kami tidak sembunyikan sumber dana. Sekarang dia nak jadikan isu yang besar. Pelik jugalah.

Ini akan jadi risiko terburuk kepada kerajaan...

Satu "survey" yang dibuat Merdeka Centre, penduduk kaum Melayu yang "slowest" daripada mendapat maklumat. Ia kemungkinan besar kerana "mainstream" media langsung tidak memberi laporan tentang kes Scorpene. Kosong. Yang kita bergantung untuk memberi maklumat ialah media alternatif, organ parti seperti Harakah, Malaysiakini, Malaysian Insider, Suara Keadilan, Roket. Yang ada internet tahu tentang ini. Yang duduk di pedalaman dan di kampung-kampung langsung tidak tahu apa yang berlaku. Yang mereka tahu ialah apa yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia, Berita Harian. Cabaran sekarang ialah bagaimana hendak memperluaskan maklumat. 
Apa yang Suaram beritahu setakat ini bukan propaganda. Apa yang keluar di Mahkamah Perancis, kita buat laporan di sini. Ia isu mahkamah yang datang terus daripada hakim dan peguam. Kami tidak berani sub laporan sahaja. Kami amat berhati-hati kerana ia satu isu yang amat kontroversi. Sebab itu dalam serangan terhadap Suaram, kalau kami salah, dia boleh "charge in court". Tapi dia tidak buat macam itu. Sebab ini semuanya datang daripada mahkamah. Dia memang takut kerana ia memang datang daripada mahkamah. 

Kalau Suaram diseret ke mahkamah....

Jika mereka failkan saman kepada Suaram, ia akan menjadi "contempt of court". Maklumat mahkamah itu mereka tahu ia adalah "real". Jadi, mereka berhati-hati untuk mengambil tindakan. Sebenarnya mereka boleh saman saya, kerana saya salah seorang yang mendedahkan maklumat yang datang daripada mahkamah di Perancis. Tapi mereka tidak pernah mengatakan "this is wrong", "you are lying". Tapi dia serang Sauaram "based on our registration" dan dana asing.

Selasa, Oktober 16, 2012

Najib Razak amat sedar jika SPR 'bersih' BN pasti tumbang ke bumi, tulang berkecai...



SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) sebenar baru tersedar dari lena yang panjang. Selama ini, tiada siapa mengejutkan mereka dari tidur yang nyenyak itu tetapi perubahan yang berlaku dalam lanskap politik Malaysia, menjadikan tidur mereka sering terganggu.

Setiap kali ada bantahan mengenai pendaftaran pengundi, boss SPR selalu tampil dengan membawa sindrom menafikan. Sesiapa pun dalam SPR tidak perlu risau jika ada bantahan. Malahan, mereka sepatutnya berterima kasih. Memang ada undang-undang yang membenarkan orang ramai membuat semakan dan batahan. 

Jadi, kenapa mahu memberi tahu orang ramai, sesiapa yang membantah seolah-olah memperendah-rendahkan SPR? SPR akan lebih tulin dari biasa jika mereka mendengar bantahan dan menerimanya secara ikhlas. Tidak perlu marah-marah dan tidak perlu mengatakan parti-parti pembangkang sengaja mahu mencari salah SPR.

Sesiapa pun yang ragu-ragu, boleh membantah. Jika SPR mempunyai alasan yang kukuh untuk menjawabnya, silakan. Kalau boleh, bagi saguhati kepada pihak yang membantah. Bukan kerana apa, SPR akan lebih “bersih” jika mereka dapat menyemak setiap bantahan. Memperbetulkan jika ada asas bantahan tersebut.

Jika bantahan itu tidak tepat, beri jawapan dan alasan yang betul. Usah jadikan pihak yang membantah sebagai musuh yang sering diserang, kononnya memang sentiasa mahu mencari salah. SPR  tentulah bukan sebuah badan yang terlalu efisyen hingga tiada pernah melakukan kesalahan. Selama ini, ketika Umno dan BN menang besar setiap kali pilihan raya, memang mereka tidak berminat untuk membuat apa-apa komplen.

Malahan,  sudah lama BN merasakan SPR adalah “hak mereka”. Kalau mereka kalah, baru mereka menyalahkan SPR tetapi jika mereka menang, mereka tidak kisah sama ada SPR itu “bersih” atau pun tidak. Itu dulu. Zaman itu sudah berlalu. Zaman pengundi yang bermati-matian bergantung kepada pondok panas sudah tidak ada lagi. Zaman ini, zaman langit terbuka dengan sms yang banyak membantu.

Malangnya, SPR masih mahu berada di takuk lama. Mereka seolah-olah tidak sedar iklim politik sudah berubah. Lanskap politik sudah berbeza dan yang penting, anak-anak muda yang ada hari ini adalah dari golongan yang berpengetahuan luas.

Jadi, semua yang berada di dalam SPR janganlah masih seperti dulu-dulu. Tentulah ada yang dilihat seperti tidak telus. Lagipun, era kemenangan calon-calon BN dengan majoriti besar juga sudah tidak ada lagi. Itulah sebabnya, setiap satu undi itu, amat berharga.

Pemimpin Umno pula melihat, jika SPR dibersihkan, peluang mereka menang dalam pilihan raya seakan-akan pudar. Yang Pakatan Pembangkang komplen pun, tidak semestinya menyebelahi mereka. Cuma, mereka mahu bertanding dalam satu proses pilihan raya yang bersih dan tidak main semborono sahaja.

Sepatutnya bila ada gerakan audit daftar pemilih di jalankan oleh mana-mana pihak, sama ada dari Selangor, Kelantan atau Kedah, Umno dan BN bangkit sama-sama membuat desakan kepada SPR agar daftar pengundi yang disangsikan dapat dibersihkan.

Mustahil Umno dan BN mahu menang “secara tidak betul”. Atau mereka memasang perangkap, jika kemenangan berpihak kepada mereka, mereka diam. Sebaliknya, jika kemenangan berpihak kepada lawan, mereka akan bangkit membantah. Mereka mahu menggunakan daftar pemilih yang tidak bersih ini sebagai “pelindung”. Ini adalah startegi lapuk yang sudah diketahui umum. 

Cara berfikir mereka, kena diubah. Cara berfikir mereka yang berkuasa di dalam SPR juga perlu diubah. Jangan mereka berfikir dan bertindak cara lama, ketika dunia sekarang adalah dunia alaf baru. SPR perlu malu jika ada daftar pemilih yang masih “mempunyai nama sama” yang bertindih-tindih. SPR juga perlu malu jika sebuah pondok meletakkan motosikal menjadi alamat daftar pemilih. SPR juga perlu rasa malu jika satu alamat di satu rumah, berpuluh-puluh nama didaftarkan!

SPR juga perlu menyiasat bagaimana pemindahan pengundi boleh berlaku secata otomatik, ketika tidak ada persempadanan semula kawasan pilihan raya. Nama orang mati, walaupun Jabatan Pendaftaran Negara tidak bekerjasama dengan SPR sepatutnya pelru disingkirkan dari senarai pengundi. Jika “orang mati” pun turut mengundi, itulah yang menimbulkan cerita pengundi hantu.

SPR menafikan wujudnya pengundi hantu. Tetapi apa yang difahami oleh orang ramai mengenai pengundi hantu dengan apa yang difahami oleh SPR, amat berbeza. Itulah sebabnya, SPR perlu sabar dalam mendengar bantahan dan tidak perlu memberi jawapan seolah-olah setiap aduan dan komplen (bantahan) datangnya dari mereka yang suka menyalahkan SPR.

Apakah SPR tidak suka kepada aduan dan bantahan? Apakah SPR sudah menjadi satu badan yang suci hingga tidak boleh disentuh langsung? Atau SPR mahukan semua orang melihat mereka sebagai satu badan yang sempurna.

Satu hal lagi, SPR jangan sampai orang melihatnya sebagai satu daripada biro dalam Barisan Nasional (BN). Ini bahaya walaupun setakat ini, BN memang bermati-matian mempertahankan SPR. Orang-orang Umno dan orang BN tidak ada membuat bantahan bukan kerana mereka setuju tetapi kerana mereka tidak membuat kerja-kerja audit daftar pemilih. Maka, mereka tidak jumpa masalah! Tidak jumpa masalah bukan bermakna SPR bersih.

Pakatan Pembangkang kena terus menjalankan kerja-kerja audit daftar pemilih. Selagi Parlimen tidka dibubarkan, masih ada masa memperbaiki kelemahan yang wujud. Itupun perjuangan Bersih 1.0, 2.0 dan 3.0. Jadi, selagi SPR tidak dilihat bersih, kenapa kerja-kerja audit daftar pemilih mahu dihentikan?

Nanti, bila tidak ada bantahan dan komplen, SPR menganggap mereka sudah betul-betul bersih sedangkan ribuan nama orang-orang mati masih tersenarai. Pakatan Pembangkang kena berlawan di lantai yang sama rata, bukan yang berjongkang-jungkit. Jika SPR merasakan mereka mahu membantu BN dalam pilihan raya, itu sesuatu yang malang di sebuah negara yang mendakwa mengamalkan demokrasi.

>> Komentar penulis prolifik politik Safar Jumaat

Mohd Sabu, Kadir, Nurul Izzah dalam "Ceramah Isi Dana PRU-13" di Taman Melewar 19 Okt



KUALA LUMPUR: Tiga tokoh utama akan menjayakan Ceramah Mega Mengisi Dana PRU13 PAS Wilayah Persekutuan di Markas Tarbiah PAS Taman Melewar pada Jumaat, 19 Oktober ini jam 9.30 malam.

Menurut Bendahari Jabatan Pilihan Raya (JPN), Zakaria Abdul Aziz, tiga tokoh itu ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu; Presiden Parti Ikatan, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir dan Naib Presiden KeADILan, Nurul Izzah Anwar selain Pesuruhjaya, Mohamad Noor Mohamad. Orang ramai dijemput hadir dan menyumbang sebanyak mungkin untuk pengumpulan dana pilihan raya bagi PAS menjalankan aktiviti di kawasan parlimen tumpuan, Titiwangsa, Labuan dan Putrajaya.

Dana asing: Kenapa Najib enggan dedah RM40juta wang haram untuk Umno Sabah?



KUALA LUMPUR: Selagi Umno-BN bertapak di bumi Sabah, laporlah apa saja jenayah pemimpin mereka dan jangan kecewa di akhirnya nanti tindakan hanya diambik dari segi formaliti saja, tegas Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Hamzah Abdullah (gambar kanan).

Mengulas isu penyaluran RM40 juta daripada seorang ahli perniagaan, Michael Chia kepada Badan Perhubungan Umno Sabah yang terlepas daripada tuduhan rasuah, beliau menyifatkan, keadilan tidak dapat ditegakkan selagi Kerajaan Umno-BN masih berkuasa. Beliau berkata, betapa bahayanya jika Umno-BN Sabah terbabit dengan jenayah wang haram malah jauh lebih bahaya lagi daripada tuduhan mereka terhadap NGO yang kononnya menerima dana asing.

Memetik laporan sebuah portal berita, Chia sebelum sempat menaiki pesawat ke Kuala Lumpur telah ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada 14 Ogos 2008 lalu apabila sejumlah RM40 juta dengan nilai mata wang Singapura dikesan terdapat dalam bagasinya. 

"Berita ini sebenarnya satu dunia sudah tahu. Malaysia jadi bahan ketawa dunia saja apabila ketika berdegar-degar di pentas dunia kononnya mahu banteras rasuah tapi praktiknya masih lagi kotor dengan politik wang," tegas Hamzah. Tidak keterlaluan dikatakan, wang haram RM40 juta itu diguna sebagai dana Umno-BN untuk PRU-13 nanti seperti yang pernah berlaku dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Batu Sapi pada 2010 lalu, katanya lagi.

Kekejaman Kapal USS George Washington yang dialu-alukan Najib berlabuh di Pelabuhan Klang



Pencerobohan Iraq dan Afghanistan telah melibatkan kapal ini dengan:

>> Melepaskan jet operasi untuk memerhati perairan Arab pada November 1997 dalam Operation Southern Watch di Selatan Iraq.
>> Melepaskan jet pejuang F/A-18 Hornet untuk menyerang Iraq pada 11 Ogos 2000 dalam Operation Southern Watch di Selatan Iraq.
>> Melepaskan kapal terbang pengangkut yang mengandungi 9 skuad penggempur yang mengandungi jet pejuang dalam operasi pencerobohan Iraq pada September 2002.
>> Tiba di Teluk Arab bersama jet pejuang dalam operasi pencerobohan Afghanistan dan pencerobohan Iraq.
>> Pencerobohan Iraq menyebabkan 7,269 orang awam terkorban, 30,000 tentera Iraq terkorban, 11,000 tercedera.
>> Serangan di Afghanistan mengakibatkan 10,000 orang awam terkorban.